Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setahun Ameng Spring murung, khatam Quran lebih 100 kali dalam penjara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setahun Ameng Spring murung, khatam Quran lebih 100 kali dalam penjara

Penyanyi Spring Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, disambut isterinya Sabariah Zakariah dan anak Wan Amnar Haikal sebaik dibebaskan daripada Penjara Kluang dengan diringi pengarah penjara Zawari Abd Rashid (kanan) 14 Jun 2016. — Foto BernamaKLUANG, 16 Jun — Penyanyi kumpulan rock 90-an Spring, Ameng mendedahkan dirinya mengalami kemurungan pada tahun pertama menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah.

Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata perasaannya sangat tertekan apabila membayangkan dirinya perlu hidup dalam penjara selama lapan tahun.

“Nak senyum pun tak berdaya. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Ketika solat menangis, malah ketika nak makan pun menangis.

“Tiada kawan untuk bercakap dan mengadu. Saya bagaikan hilang keyakinan diri kerana membayangkan suatu masa nanti boleh jadi gila dengan keadaan begitu,” katanya dipetik Harian Metro.

Namun semangatnya mula bangkit dengan mendalami ilmu agama selepas mendapat nasihat seorang pegawai penjara bernama Ramli.

Katanya, beliau yang sebelum ini buta al-Quran mula belajar membaca sehingga khatam lebih 100 kali.

“Setiap hari saya akan cari seorang daripada banduan yang pandai mengaji dan minta dia mengajar.

“Saya akhirnya berjaya khatam al-Quran dalam tempoh empat bulan dan dalam tempoh itu juga saya mampu mengajar orang lain,” katanya yang mempunyai 40 orang anak murid ketika dalam penjara.

Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada April 2011 atas tiga kesalahan, dua daripadanya kes memiliki dadah.

Namun beliau dibebaskan dari Penjara Kluang semalam selepas diberi pengampunan kerana menunjukkan kelakuan dan disiplin yang cemerlang.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1Yr97si

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.