Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kutuk serangan Orlando namun hukum gay mati, negara Timur Tengah digelar hipokrit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kutuk serangan Orlando namun hukum gay mati, negara Timur Tengah digelar hipokrit

Sebuah serangan di kelab gay di Orlando, Florida mengorbankan 49 nyawa dan dikutuk banyak negara di Timur Tengah. — Foto Reuters LONDON, 14 Jun — Susulan serangan bunuh di kelab gay di Orlando, Florida mengakibatkan kematian 49 orang, negara seperti Iran, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan itu.

Namun pemerhati hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) melabelkan negara-negara Timur Tengah itu sebagai hipokrit kerana mereka sendiri mempunyai undang-undang menghukum mati golongan homoseks jika didapati “bersalah.”

“Semestinya mereka dilihat hipokrit,” kata Neela Ghoshal, penyelidik bahagian lesbian, gay, biseks dan transgender (LGBT) di HRW, seperti dilapor portal Middle East Eye.

“Mereka ini bukan negara yang meletakkan dirinya sebagai penyokong hak LGBT dan menentang kekejaman terhadap orientasi seksual atau identiti jantina.

“Kebanyakan negara ini menentang atau menghalang usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membangkitkan isu orientasi seksual,” tambahnya.

Kecuali Turki yang berkecuali dan Israel yang menyokong, kesemua negara di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara membantah deklarasi Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 2011 tentang hak golongan LGBT.

Pelaksanaan hukuman mati untuk LGBT wujud di Yaman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mauritania dan Iran — walaupun jarang digunakan di kebanyakan negara tersebut.

Hukuman terhadap LGBT di Iran semakin kerap sejak Revolusi Islam pada tahun 1979, dan kes terbaru melibatkan tiga lelaki yang dibunuh kerana “membantah undang-undang syariah dan kelakuan buruk” pada tahun 2011.

Pada Mac lalu, akhbar Arab Saudi, Okaz, melaporkan pendakwaraya menggesa hukuman mati dijalankan terhadap berdozen kes melibatkan pesalah lelaki kes liwat.

Manakala antara negara Timur Tengah yang tidak menentukan hukuman untuk golongan homoseks adalah Turki, Israel, Mesir, kawasan Tebing Barat Palestin, Jordan, dan Iraq.

Menurut Ghoshal, beliau mengalu-akukan kenyataan mengecam serangan oleh negara tersebut, namun mereka perlulah menggunakan tragedi tersebut untuk bermuhasabah tentang situasi di negara mereka sendiri.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan kebimbangannya berhubung peristiwa pembunuhan di Orlando, Florida, yang disifatkan sebagai kejadian paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

“Amat terkejut dengan kejadian tembakan di Orlando. Doa kami mengiringi keluarga dan sahabat handai para mangsa. Islam melarang keras perbuatan membunuh manusia yang tidak bersalah,” kata perdana menteri dalam laman Facebook rasminya.

Di Malaysia, undang-undang syariah di setiap negeri mengharamkan liwat dan lelaki Muslim “berpakaian menyerupai wanita.” Penguasa agama juga terang-terang menjelaskan agenda mereka untuk “memerangi” golongan LGBT.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1S4VrvD

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.