Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rayani tutup kedai, kakitangan jual air tepi jalan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rayani tutup kedai, kakitangan jual air tepi jalan

Lesen penerbangan Rayani Air dibatalkan pada hari Isnin lepas. — Foto BernamaKOTA BARU, 15 Jun — Krisis pengurusan Rayani Air turut menjejaskan kakitangannya, menyebabkan ada yang terpaksa bergelut menampung kos sara hidup sebelum syarikat penerbangan patuh syariah itu tutup kedai lagi.

Wan Faruk Danial Wan Zainuddin, 28, pekerja Rayani Air Sdn Bhd di Kelantan menjual air tepi jalan kerana majikannya itu tidak membayar gajinya selama tiga bulan.

“Saya terpaksa menjual air di tepi jalan untuk meneruskan hidup. Kalau tak buat begitu mana nak dapat wang,” katanya dilapor Harian Metro.

Wan Faruk merupakan salah seorang daripada 160 kakitangan sokongan darat di lima pejabat yang menuntut pembayaran segera gaji tertunggak.

Katanya, keadaan semakin kritikal apabila Ketua Pegawai Eksekutif Ravi Alagendrran berdiam diri dan tidak memberi penjelasan kepada pekerjanya tentang krisis dalaman.

“Sejak itu saya mengambil keputusan berniaga di tepi jalan.

“Itu saja cara saya untuk menampung perbelanjaan memandangkan situasi sekarang yang sukar mencari pekerjaan.

“Saya merayu supaya pengurusan syarikat membayar segera tunggakan gaji kami. Aidilfitri semakin hampir, kami juga perlu lakukan persiapan seperti orang lain dan gaji berkenaan harapan kami,” katanya.

Seorang lagi kakitangan, Afrizam Drawi, 37, berkata beliau berasa malu kerana terpaksa bergantung harap dengan isterinya untuk menyara keluarga sementara menunggu tawaran pekerjaan lain.

Rayani Air memiliki lima pejabat iaitu Kuala Lumpur, Langkawi, Sabah dan Sarawak selain Kota di Baru.

Isnin lepas, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara Rayani Air, tidak lagi boleh beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial berkuat kuasa hari itu.

Dalam satu kenyataan, Mavcom menjelaskan Rayani Air telah melanggar syarat-syarat lesen itu dan kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1S4W1t8

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.