Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabung Haji: Bayaran haji kekal RM9,980 seorang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabung Haji: Bayaran haji kekal RM9,980 seorang

Kos bagi haji naik kepada RM18,890 seorang menurut Lembaga Tabung Haji. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 15 Jun — Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata TH secara keseluruhannya sudah menanggung subsidi haji sebanyak RM125 juta pada tahun lepas dan menjangkakan angkat itu meningkat kepada RM160 juta bagi musim haji tahun ini.

“Pada musim haji tahun lepas, TH telah menanggung sebanyak RM7,290 bagi seorang jemaah yang membolehkan bayaran itu kekal pada RM9,980 sedangkan kos haji meningkat kepada RM17,270 seorang,”" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program tanggungjawab korporat tahunannya, Program Ehsan TH, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor turut menyifatkan bayaran haji RM9,980 yang dikekalkan sejak tahun 2007 sebagai sumbangan utama program tanggungjawab korporatnya khususnya menerusi pemberian subsidi untuk para jemaah setiap tahun. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1ZQc2t9

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.