Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cerita Facebook Pilihan : CUCU PUTERI SANTUBONG DI KAMPUNG SAAI, DARO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cerita Facebook Pilihan : CUCU PUTERI SANTUBONG DI KAMPUNG SAAI, DARO

Allahyarham Abang Pata berasal dari Pulau Talang-Talang, Kuching. Beliau kuat pegangan agama. Beliau seorang nelayan dan sebagai kerja sampingan, beliau mengutip telur-telur penyu dari pantai Pulau Talang-Talang. Sering juga beliau menjaja telur penyu ke Kuching sampai ke Santubong. Abang Pata dikurniakan 7 orang anak lelaki dan lebih 40 orang cucu. Salah seorang cucunya ialah Lebai Tuan Haji Abolhi yang kemudian berhijrah ke Kampung Saai Daro.

Lebai Tuan Haji Abolhi inilah antara guru agama yang disegani di daerah Matu-Daro suatu ketika dahulu.Selain kitab-kitab agama, beliau membawa bersama beliau sebuah kotak pemberian PUTERI SANTUBONG yang menjadi isteri kedua Abang Pata, datuk beliau. Konon cerita, selagi kotak itu tidak dibuka, selagi itulah anak, cucu, cicit Abang Pata tidak akan hidup melarat.. Kotak itu diserah untuk dijaga Lebai Haji Abolhi kerana beliau cucu tertua tambahan sifat beliau yang warak, tawaduq dan alim. Kebolehan Lebai Tuan Haji Abolhi ini setara dengan bekas Mufti Pertama Sarawak, Tuan Haji Daud. Beliau sedikit 'merajuk' di hati lalu membawa diri jauh ke Matu Daro sehingga mendapat jodoh di Kampung Saai. Mufti kemudian diganti dengan ulama Tuan Haji Mortadza yang sangat tinggi ilmu agamanya. Tuan Haji Abolhi pula terus bahagia menjadi guru kepada penduduk di Kampung Saai, Kampung Kut dan beberapa orang yang datang dari seluruh daerah yang ingin mengaji di bawah bimbingan beliau. Berbalik kisah kotak Puteri Santubong, apabila sampai ke tangan salah seorang cucu Lebai Tuan Haji Abolhi, anaknya Mahsen pula teringin sangat nak tahu isi kotak itu. Semasa ayahnya tiada di rumah, Mahsen membuka kotak itu. "Kacip..!" Itu sahaja yang ada di dalam kotak misteri peninggalan Puteri Santubong! Babal... akak Sin. Saji gaok.. Ahaha Antara cucu Lebai Abang Abolhi atau waris Abang Pata ialah Allahyarham Ngah Imut. Anak-anak Ngah Imut sekarang menetap di Kampung Boyan, Kuching. Di Kampung Saai, ramai lagi waris Abg Pata atau cicit piut Puteri Santubong. Sumber : FB Sejarah Matu & Daro

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.