Lenovo Memperkenalkan Moto E3 Dengan Android 6.0 Marshmallow
Lenovo telah memperkenalkan siri telefon pintar Motorola Moto Z dan juga Moto G sebelum ini. Hari ini, mereka menambah satu lagi peranti dibawah keluarga peranti Motorola, iaitu Moto E3 – peranti bajet Motorola untuk tahun 2016.
Moto E3 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan empat-teras, kamera belakang 8-megapixel dan dilengkapi bateri berkapasiti 2800mAh. Secara kasar, ia menawarkan kuasa pemprosesan dan spesifikasi yang menyerupai Moto G Play yang diumumkan tidak lama sebelum ini.
Moto E3 atau Moto E 2016 ini juga hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow – sistem operasi terkini yang jarang kita lihat pada pelbagai peranti bajet di pasaran hari ini. Disamping itu, Lenovo turut menyertakan sokongan anti-comot pada skrin.
Moto E 2016 ini akan dijual di pasaran UK bermula September kelak. Tidak mustahil untuk kita turut melihat Lenovo menawarkan di pelbagai pasaran negara membangun termasuk Malaysia tidak lama lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29z6obB
Post a Comment