Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2

Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2 | 10 plaza tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang telah mula beroperasi pada 7 Julai 2015 tetapi tidak dikenakan sebarang bayaran.

Lebuhraya Pantai Timur 2

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan bayaran tol itu akan mula dikenakan kepada para pengguna lebuhraya selepas beberapa kali tertangguh sejak dua tahun yang lepas.

Mulai 15 Julai 2016 ini pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) akan dikenakan bayaran apabila melalui lebuhraya itu.

Kadar Bayaran Tol di Setiap Plaza Tol LPT2

Kadar tol permulaan di LPT2 adalah 12 sen per kilometer untuk kenderaan Kelas 1 iaitu kereta. Contohnya, pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya akan dikenakan bayaran tol sebanyak 19.70.

Senarai Plaza Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)

Tanpa perlu membuang masa, penulis selitkan senarai plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang akan dikenakan bayaran di bawah ini.

1. Plaza Tol Cheneh
2. Plaza Tol Chukai
3. Plaza Tol Kijal
4. Plaza Tol Kerteh
5. Plaza Tol Paka
6. Plaza Tol Kuala Dungun
7. Plaza Tol Bukit Besi
8. Plaza Tol Ajil
9. Plaza Tol Telemong
10. Plaza Tol Kuala Terengganu

Meskipun keputusan telah dibuat, ada segelintir pihak yang masih tak berpuas hati dengan keputusan kutipan tol di LPT2 ini. Salah satunya adalah disebabkan keadaan jalan di LPT2 sangat berbahaya dan risiko kemalangan yang amat tinggi.

The post Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2 appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.