Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Menawarkan Sejumlah E-Buku Secara Percuma – Meliputi Windows 10, Office 365, Dan Lain-Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Menawarkan Sejumlah E-Buku Secara Percuma – Meliputi Windows 10, Office 365, Dan Lain-Lain

Microsoft sebelum ini pernah hadir dengan penawaran e-buku percuma untuk beberapa topik dalam memudahkan pengguna dan pembangun memahami dengan lebih mendalam mengenai penawaran mereka. Terkini, Microsoft melalui saluran MSDN mereka sekali lagi hadir dengan penawaran menarik, menawarkan sejumlah koleksi e-buku yang meliputi pelbagai topik berkaitan Microsoft.

Melalui penawaran percuma daripada Microsoft ini, mereka menawarkan e-buku dalam beberapa format berbeza bagi memudahkan pembacaan. Ia juga hadir meliputi pelbagai topik, termasuk berkaitan dengan Windows 10, Office 365, Azure, SharePoint, Power BI, SQL Server, PowerShell dan lain-lain topik yang menarik.

Microsoft tidak menyatakan sampai bila e-buku ini ditawarkan secara percuma. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun e-buku ini secara percuma dan menggunakannya dalam menambah ilmu atau menjadikannya sebagai rujukan.

Muat-Turun E-Buku Percuma Daripada Microsoft






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29Z3G3g

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.