Polis Dedah Punca Sebenar Wanita Ditembak Mati Di Taman OUG
Polis Dedah Punca Sebenar Wanita Ditembak Mati Di Taman OUG | Ejen hartanah wanita yang dibunuh penembak bermotosikal di Taman OUG semalam disyaki ada kaitan dengan pembabitannya dalam skim piramid mengumpul dana haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang dipetik Oriental Daily berkata, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian wanita itu ada kaitan dengan mangsa dan suaminya pernah terlibat dalam money game.
“Suami mangsa mengaku pernah menjalankan skim piramid kumpul dana haram ketika berada di China dan beliau pulang ke tanah air baru-baru ini selepas meraih keuntungan,” katanya.
Apa yang pasti, pasangan tersebut pernah menjalankan kegiatan mengumpul dana haram namun polis tidak pasti jika suami mangsa pernah terlibat dalam kegiatan pelaburan Nanning.
Sementara itu, anak perempuan mangsa berusia 8 tahun yang turut terkena tembakan selamat menjalani pembedahan kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mengeluarkan peluru di bahagian kiri dada dekat jantungnya.
Mangsa ditembak mati dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau memandu kenderaan Vellfire bersama lima anaknya dan seorang pembantu rumah melalui Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG sekitar pukul 2.30 petang Rabu.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan itu terkena lehernya manakala anak perempuannya yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.
The post Polis Dedah Punca Sebenar Wanita Ditembak Mati Di Taman OUG appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment