Jualan Galaxy S7 Melangkaui Jualan iPhone 6S Di Amerika Syarikat
Jualan peranti iPhone di Amerika Syarikat adalah sentiasa tinggi. Tahun demi tahun peranti keluaran Apple ini menjadi pilihan pengguna di sana kerana kelancaran operasi dan sokongan aplikasi yang lebih baik. Tahun ini berlaku sedikit kejutan apabila jualan Galaxy S7 dan S7 Edge dilaporkan melangkaui iPhone 6S dan 6S Plus di antara bulan Mac hingga Mei.
Sebanyak 16% peranti yang terjual pada tempoh ini ialah Galaxy S7 manakala iPhone 6S memegang 14.6% jualan. Dari segi pegangan pasaran pula Samsung di tangga teratas dengan 37% diikuti oleh iPhone dengan 29%. Jualan yang tinggi ini adalah sebab mengapa Samsung mencatatkan keuntungan tertinggi mereka dalam masa dua tahun. Kemampuan kamera yang lebih baik dan rekaan lebih menarik dikatakan punca mengapa jualan S7 lebih tinggi berbanding iPhone 6S.
Di Malaysia situasi adalah berbeza dengan pengguna lebih menggemari peranti yang lebih mampu milik seperti Xiaomi Redmi Note 3. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana pengguna semakin bijak dan membelanjakan ribuan ringgit untuk peranti bukan tindakan rasional ketika ekonomi mengalami kegawatan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29TsDKR
Post a Comment