Gambar Terakhir. Tiga Beradik YATIM PIATU Sekelip Mata Ibu Dan Bapa MAUT Dalam KEMALANGAN !!!
Gambar Terakhir. Tiga Beradik YATIM PIATU Sekelip Mata Ibu Dan Bapa MAUT Dalam KEMALANGAN !!! | LABIS – Tiga beradik di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu dan bapa mereka terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 2.5 Jalan Labis-Muar, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 7.20 petang itu mengakibatkan Mohd Rezal Abdul Karim, 37, bersama isterinya, Rozaimah Mahmood, 41, dan anak ketiganya, Nuralisa Yasmin, 11, maut.
“Ketika kejadian, Mohd Rezal yang memandu kereta Proton Saga bersama isteri dan empat lagi anaknya dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Suria, Buloh Kasap untuk pergi beraya ke rumah kenalan mereka di Labis.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah pacuan emat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berumur 55 tahun yang datang dari arah Muar-Labis telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta yang dinaiki mangsa,” katanya.
Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, Mohd Rezal dan Rozaimah maut serta merta di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian hadapan kenderaan selain mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Katanya, anak bongsu mangsa, Nurdurrah Khadeeja, 1, pula kritikal dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) manakala Nuralisa meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat (HDS) kira-kira jam 3.30 pagi sewaktu mendapat rawatan.
“Selain itu, anak sulung mangsa, Muhammad Aniq Aiman, 16, kini ditempatkan di wad biasa manakala adiknya, Muhammad Haziq Iqbal, 13, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HDS.
“Kes disisasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jenazah Mohd Rezal dan Rozaimah telah dituntut oleh keluarganya awal pagi ini (semalam) manakala jenzah Nuralisa sedang dibedah siasat dan akan dikebumikan hari ini,” katanya.
Sementara itu, bapa saudara Mohd Rezal, Sulaiman Badrun, 62, ketika dijumpai di Rumah Mayat HDS berkata, kali terakhir dia berjumpa keluarga tersebut adalah pada hari raya kedua di rumah ibu mertuanya di Kampung Paya Lang, di sini.
Menurutnya, kesemua mangsa juga akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mensudut Pindah dan mengakui masih terkejut dengan tragedi yang menimpa keluarga malang berkenaan.
“Mohd Rezal bekerja sebagai pemandu lori manakala isterinya tidak bekerja dan dia (Rezal) seorang yang mudah mesra dan peramah dan sewaktu kali terakhir saya berjumpanya, tiada sebarang perlakuan atau tanda ganjil yang ditunjukkan olehnya.
“Apa yang paling menyayat hati, anak-anak mangsa menjadi yatim piatu dan hilang tempat bergantung sekelip mata pada Syawal kelima dan saya menganggapnya sebagai takdir pada bulan mulia ini,” katanya.
Katanya, dia bersama ahli keluarga yang lain juga akan berbincang mengenai nasib terutamanya hak penjagaan anak-anak mangsa selepas ini selain akan berusaha membantu melupakan trauma yang berlaku.
P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!
The post Gambar Terakhir. Tiga Beradik YATIM PIATU Sekelip Mata Ibu Dan Bapa MAUT Dalam KEMALANGAN !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/29xoKP5
Berita sensasi lagi viral bersama semasaviral.com
Post a Comment