Pemenang Kejohanan Adobe Certified Associate Peringkat Kebangsaan Diumumkan
Adobe merupakan satu jenama yang tidak asing dikalangan penggiat industri kreatif. Mereka juga konsisten dari dahulu lagi mencungkil bakat-bakat kreatif di seluruh antarabangsa. Buat julung kalinya pada tahun ini pertandingan Adobe Certified Associate dengan kerjasama Acestar Sdn Bhd telah dijalankan dikalangan pelajar tempatan dan pemenangnya bakal berentap di persada antarabangsa pada bulan Ogos 2016.
Terdapat banyak pensijilan yang disediakan oleh Adobe bagi mengiktiraf seseorang dalam industri kreatif. Adobe Certified Associate merupakan pengiktirafan bagi kategori pelajar dalam lingkungan 13 hingga 22 tahun yang mengesahkan pelajar tersebut arif dan pakar dalam menggunakan perisian Adobe. Bagi kategori industri, pensijilan Adobe Certified Expert merupakan pensijilan mengesahkan kepakaran, manakala Adobe Certified Instructor adalah pensijilan yang membolehkan seseorang mengendalikan kelas latihan Adobe.
Untuk mencari wakil tempatan, pelajar perlu menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign dan mencipta poster berdasarkan tema ‘Membasmi Kemiskinan Menerusi Kemajuan’. Sekitar 400 pelajar telah menyertai pertandingan ini, dan mereka terdiri dari pelajar universiti awam dan juga universiti swasta, serta kolej dan politeknik. Bagi pemenang pertandingan ini iaitu Hwa Ee berusia 22 tahun dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, beliau telah hadir dengan rekaan poster menarik dengan rekaan lukisan isometrik, dan juga mengenai perjalanan seseorang dari tidak bekerjaya atau golongan miskin, sehinggalah mencapai kemajuan dan berupaya memajukan diri sendiri.
Hwa Ee akan diterbangkan ke Florida, Amerika Syarikat bagi mewakili negara dan berentap di kejohanan antarabangsa Adobe Certified Associate. Pemenang pertama di peringkat antarabangsa akan membawa pulang USD 5,000 diiringi trofi dan medal, namun apa yang penting status pelajar sebagai Adobe Certified Associate membolehkan mereka diiktiraf di seluruh negara. Pihak Acestar Sdn Bhd yang juga merupakan rakan kerjasama acara ini menyatakan penganjuran mereka adalah bersifat tanggungjawab sosial dan turut menyatakan yang mereka mempunyai perancangan untuk meneruskan penganjuran acara ini di masa akan datang.
Ketahui: Kejohanan Sedunia Adobe Certified Associate
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29G7m8O
Post a Comment