Singapura Mensasarkan Penggunaan 50% Kenderaan Elektrik Menjelang 2050
Norway mahu menghapuskan kenderaan dengan bahan api fosil menjelang 2025. Jiran mereka Jerman pula mahu pengeluar mementingkan kenderaan elekrtik menjelang 2030. Kedua-dua negara ini terletak di benua Eropah. Adakah sikap peduli alam sekitar ini eksklusif kepada benua mereka? Jawapannya sudah pasti tidak dan Singapura sudah memulakan langkah pertama mereka untuk mengurangkan pencemaran oleh kenderaan bahan api fosil.
Suruhanjaya Pengangkutan Darat Singapura dan Institut Penyelidikan Tenaga di Universiti Teknologi Nanyang kini mensasarkan penggunaan 50% kenderaan elektrik menjelang 2050. Sekiranya ini dapat direalisasikan, pencemaran udara akan dapat diturunkan sebanyak 30% dari tahap semasa. Anda yang bakal dilakukan negara jiran kita ialah memastikan pengangkutan awam seperti bas dan teksi menggunakan tenaga elektrik. Tidak seperti di Malaysia, majoriti rakyat Singapura menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi pilihan.
Pada waktu yang sama skim perongkosan kenderaan elekrtik akan dilancarkan tahun hadapan. Sebanyak 125 kenderaan elekrtik adan 250 stesen pengecasan akan memulakan operasi fasa pertama. Jumlah kenderaan elekrtik di bawah skim ini akan meningkat ke 1000 buah menjelang 2020.
Di Malaysia kita bas elekrtik EBIM turut akan memulakan operasi tahun hadapan. Penggunaan kereta elekrtik TESLA juga sedang diuji oleh agensi kerajaan dan GLC. Skala di Malaysia mungkin lebih kecil daripada Singapura tetapi sekurang-kurangnya inisiatif sudah dimulakan. Kita hanya boleh berharap ia akan diteruskan bagi memastikan masa depan yang lebih bersih untuk generasi masa hadapan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29A0xWu
Post a Comment