Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kawan Karib Dedah Kekayaan Tersembunyi P. Ramlee Yang Ramai Tidak Tahu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kawan Karib Dedah Kekayaan Tersembunyi P. Ramlee Yang Ramai Tidak Tahu

Kawan Karib Dedah Kekayaan Tersembunyi P. Ramlee Yang Ramai Tidak Tahu | Membelek kembali sejarah seniman negara, Tan Sri P. Ramlee ketika hayatnya, ada kisah yang mengatakan dirinya miskin semasa di akhir kehidupannya.

1

Dipulau oleh industri dan filemnya tidak mendapat sambutan dek kerana kegemilangan yang sudah mati selepas seniman itu berhijrah ke Kuala Lumpur dikatakan antara sebab mengapa P. Ramlee jatuh miskin dan meninggal dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973.

Seorang lagi seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab di rumahnya di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Kedutan di wajahnya langsung tidak meluputkan ingatannya terhadap kenangan-kenangan indah ketika bersama P.Ramlee.
Ahmad Nawab memberikan satu syarat penting kepada Mega untuk dipatuhi. Syarat itu ialah, kami perlu membetulkan semula beberapa fakta yang sama sekali salah tentang seniman legenda itu, yang selama ini telah dianggap sebagai sesuatu yang benar oleh masyarakat.

“Banyak cerita tentang P. Ramlee adalah tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana ia telah menjadi rujukan banyak orang pada hari ini. Saya mahu apa yang tidak betul itu ditulis semula oleh wartawan seperti kamu,” kata Ahmad Nawab.
Menyatakan bahawa dia bertanggungjawab untuk memperbetulkan kepincangan fakta tentang P. Ramlee, Ahmad Nawab tidak mahu seniman negara itu terus dikenang dengan cara yang salah.

Sejak P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dari Jalan Ampas, Singapura pada 1964, Ahmad Nawab adalah orang pertama yang dicari P. Ramlee untuk membantu perkembangan kerjayanya di Kuala Lumpur.

“Sejak dia berhijrah ke Kuala Lumpur, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, kami berkawan rapat. Sepanjang perkenalan itu, banyak hal yang berlaku antara kami. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan cerita mengatakan P. Ramlee berada dalam keadaan susah pada saat-saat kematiannya. Kenyataan bahawa seniman itu miskin dan melarat di akhir hayatnya memang sesuatu yang tidak logik sama sekali,” katanya.

Banyak yang tidak tahu bahawa P. Ramlee adalah satu-satunya seniman yang dibayar gaji secara bulanan oleh Shaw Brothers sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat tersebut. Sekitar tahun 1973, P. Ramlee berhenti dari Merdeka Studio dan mengambil keputusan untuk membuat filem dan studio sendiri. Ahmad Nawab pada ketika itu bersama dengan P. Ramlee telah berjumpa dengan L. Krishnan (kini Datuk L Krishnan), di Titiwangsa untuk bercerita mengenai perkara tersebut.

“L. Krishnan adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan nama P. Ramlee sewaktu di Singapura. Pertemuan itu adalah untuk berbincang mengenai penubuhan sebuah studio, tetapi disebabkan beberapa kekangan selepas itu, perancangan itu gagal.

“Sehinggalah P. Ramlee berjumpa dengan HM Shah, rakan baiknya yang juga seorang ahli perniagaan dan sedia membantu seniman itu dari segi kewangan. Turut sama ketika itu ialah Jins Shamsudin dan Salleh Ghani. Tetapi Jins mahu menjadi ketua ketika itu, tetapi jika dia yang mengetuai, siapa pula yang hendak memberi sumber kewangan?

“Lantas hasrat P. Ramlee untuk menubuhkan Rumpun Melayu Filem ketika itu gagal dan akhirnya dia kembali ke Merdeka Studio untuk menghasilkan filem Air Mata Di Kuala Lumpur tetapi telah terlebih dahulu dipanggil Ilahi,” jelasnya.
Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee bukanlah sedikit. Untuk sebuah filem sahaja, seniman itu dibayar RM25000.

Malah, P.Ramlee adalah satu-satunya individu yang dibayar gaji setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.

“Jadi, apa logik kalau hendak kata P.Ramlee miskin? Takkan wang yang diterima saban bulan habis begitu sahaja? Sewa rumah yang diduduki P.Ramlee di Jalan Dedap, Taman P Ramlee, Kuala Lumpur itu pun sebenarnya dibayar oleh Shaw Brothers melalui syarikat miliknya juga iaitu Merdeka Studio,” katanya.

Sepanjang mengenali P.Ramlee sendiri, sudah beberapa kali Ahmad Nawab melihat bagaimana P.Ramlee membantu orang yang memerlukan. Berapa ramai yang datang ke rumah seniman itu untuk meminta bantuan kewangan terutamanya yang mahu pulang ke Pulau Pinang yang juga tanah kelahirannya, pasti akan dibantu.

“Saloma sendiri bekerja sebagai penyanyi di Embassy Hotel, Pulau Pinang. Tak kan kewangan mereka begitu teruk? Sudah berapa kali saya dengar cerita P.Ramlee miskin, sehinggakan terpaksa makan telur. Memang saya langsung tidak percaya,” jelasnya.

Fail itu sebenarnya ada polisi insuran yang bernilai RM 100000. Ketika itu, wang sejumlah itu bukanlah kecil.
Kelamnya zaman kegemilangan P.Ramlee kata Ahmad Nawab, sebenarnya bukanlah kerana diboikot tetapi kerana kekangan yang dihadapi untuk berkarya.

Mengimbas ke tahun 1964, tahun P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, punca sebenar ada kaitan dengan komplot daripada artis Singapura sendiri untuk menjatuhkan seniman itu. Satu kesatuan yang ditubuhkan oleh Jins Samsuddin mahu ditubuhkan tetapi dalam masa yang sama, persatuan terbabit telah mengetepikan P. Ramlee. Bagaimanapun, ketika itu pemimpin utama Singapura telah mendapat tahu mengenai penubuhan kesatuan oleh orang Melayu itu dan mengarahkan Shaw Brothers supaya ditutup terus.

“Disebabkan itu P. Ramlee telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan disuruh oleh Shaw Brothers untuk menyertai Merdeka Filem,” jelasnya.

Di Kuala Lumpur, perkembangan kerjaya P. Ramlee tidak begitu menyinar seperti di Singapura selain karyanya mula dipertikaikan. Kelamnya filem P.Ramlee bukanlah kerana teknologi atau dia kehabisan idea untuk berkarya, tetapi disebabkan gelagat pelakon-pelakon muda di Singapura sendiri.

“Pelakon-pelakon ini sememangnya sudah hebat dan itu yang membantu menaikkan filem P. Ramlee sebenarnya. Tetapi, dia berkeras untuk tidak menggunakan pelakon dari Singapura mungkin kerana terasa hati dengan tindakan mereka yang cuba untuk menjatuhkannya. Sebab itu, walau tak bagus pun pelakon di sini, dia tetap ambil. Cuma ada beberapa pelakon wanita dari Singapura yang diambil seperti, Siput Sarawak dan Sarimah,” katanya.

The post Kawan Karib Dedah Kekayaan Tersembunyi P. Ramlee Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.