Mingguan Amanz – Apple iOS 10 Beta, Kad Memori UFS, Avast AVG
Pada minggu ini, Samsung telah memperkenalkan beberapa peranti baru, termasuk dua peranti baru daripada keluarga Galaxy J, iaitu Galaxy J2 2016 yang hadir dengan sokongan Smart Glow, selain Galaxy J Max yang hadir dengan skrin bersaiz 7-inci.
Disamping keluarga Galaxy J, pihak Samsung turut memperkenalkan telefon pintar Galaxy S7 Edge edisi Olimpik – dan juga sebuah kad memori UFS yang lebih pantas daripada kad mikro-SD pada hari ini.
Dalam arena sekuriti pula, pihak Avast telah mengumumkan pengambil-alihan AVG – sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena sekuriti.
Apple pada minggu ini telah memperkenalkan Apple iOS 10 Beta dan juga macOS Sierra Beta – sekaligus membolehkan para pengguna menguji beberapa fungsi baru terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan sekitar September atau Oktober kelak.
Facebook pada minggu ini turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan inisiatif baru dinamakan OpenCellular dalam usaha membawa sokongan internet ke pasaran membangun dengan lebih meluas.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2a01rJx
Post a Comment