Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik Lazada, Alibaba Memperkenalkan Kereta Elektrik Pintar Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik Lazada, Alibaba Memperkenalkan Kereta Elektrik Pintar Tersendiri

Alibaba merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena e-dagang. Ia memudahkan pengguna mendapatkan barangan dari pengeluar di China – disamping Alibaba juga merupakan syarikat internet yang besar di China, serta mempunyai pelaburan dalam pelbagai syarikat lain, termasuk di Lazada.

Kereta Alibaba

Terkini, Alibaba telah pun memperkenalkan kenderaan pintar mereka tersendiri yang turut hadir dengan integrasi internet. Alibaba membangunkan kenderaan pintar mereka ini bersama SAIC Motor Corp – salah satu pengeluar kereta dari China, dan ia menggunakan sistem operasi YunOS daripada Alibaba. Untuk makluman, sistem operasi YunOS juga turut menjana sejumlah peranti pintar lain, termasuk seperti peti sejuk, peralatan elektronik dan sebagainya.

Melalui penggunaan sistem operasi ini, kereta OS’Car RX5 ini boleh memahami arahan suara – sebagai contoh untuk mengawal lagu dan sebagainya. Kereta ini juga hadir dengan ID ia tersendiri yang mana boleh digunakan untuk membuat pembayaran minyak melalui Alipay, mahupun membuat beberapa pembelian lain seperti kopi dan sebagainya.

Alibaba menekankan yang mana mereka bukan membina “internet dalam kereta” sebaliknya lebih kepada “kereta dalam internet”.

OS’Car RX5 ini telah boleh dipra-tempah dan dibeli di China pada harga bermula RMB99800 (~RM59,360).






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29C3pl6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.