Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prisma Untuk iPhone – Mengubah Gambar Menjadi Seni Moden Melalui Pelbagai Pilihan Penuras Menarik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prisma Untuk iPhone – Mengubah Gambar Menjadi Seni Moden Melalui Pelbagai Pilihan Penuras Menarik

Terdapat pelbagai aplikasi pada platform mudah-alih yang membolehkan anda menambah kesan khas pada gambar dan menjadikan sesuatu gambar tersebut lebih menarik. Kini dengan konsep sama, tetapi lebih memfokuskan kepada kesan penuras seni moden, salah satu aplikasi yang menarik adalah Prisma.

Prisma hadir dengan pilihan lebih 30 jenis penuras berbeza dan rekaan antaramuka yang ringkas untuk pengguna mengubah gambar yang dirakamkan mereka kepada sebuah seni moden.

Prisma iPhone

Aplikasi ini menggunakan teknologi kecerdasan pintar dalam menjadikan sesuatu gambar tersebut kepada hasil seni moden yang cantik. Pengguna boleh mengawal kekuatan sesuatu penuras tersebut pada gambar, sekaligus memberikan lebih kawalan dalam menjadikan gambar berkenaan lebih cantik.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna iPhone. Ia hadir dengan watermark pada gambar, tetapi boleh dinyah-aktifkan oleh pengguna melalui halaman tetapan.

Pembangunnya dijangka memperkenalkan aplikasi versi Android tidak lama lagi.

Prisma iPhone

Muat-Turun Prisma untuk iPhone






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29r5em1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.