Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Bakal Hadir Dengan HTC Desire 10 Tidak Lama Lagi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Bakal Hadir Dengan HTC Desire 10 Tidak Lama Lagi?

HTC pada tahun ini telah memperkenalkan telefon pintar utama mereka, HTC 10 – yang mana bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu ini pada harga jualan mencapai RM2799. Disamping keluarga peranti flagship, kini ia diketahui pihak HTC turut akan hadir dengan telefon pintar HTC Desire 10 tidak lama lagi.

Untuk makluman, keluarga HTC Desire adalah peranti keluarga berspesifikasi pertengahan yang ditujukan kepada lebih ramai pengguna. Ia sering hadir dengan beberapa ciri-ciri premium, tetapi ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding telefon pintar utama mereka.

HTC Desire 10 ini dijangka hadir pada penghujung suku ketiga 2016 ini, dan ia berkemungkinan membawakan sokongan kamera yang lebih kurang sama seperti HTC 10 – yang mana turut menawarkan sokongan autofokus berasaskan laser dan penstabilan imej optikal.

Berkemungkinan ia akan menjadi telefon pintar dengan spesifikasi paling tinggi dibawah keluarga Desire – apatah lagi ia menggunakan penjenamaan angka 10 seumpama telefon flagship mereka, berbeza dengan peranti lain dibawah keluarga Desire yang menggunakan tiga angka sebelum ini.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai telefon pintar HTC Desire 10 ini dalam masa beberapa minggu lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29O1I5M

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.