Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Cara Yang Digunakan Polis Untuk MEMBERKAS Mat Rempit Yang Berlumba Haram !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Cara Yang Digunakan Polis Untuk MEMBERKAS Mat Rempit Yang Berlumba Haram !!!

Inilah Cara Yang Digunakan Polis Untuk MEMBERKAS Mat Rempit Yang Berlumba Haram !!! | Kajang: Tangkap ‘pelesit’ lebuh raya dengan menggunakan dua lori kontena. Itu kaedah digunakan pakai polis daerah Kajang dalam usaha memberkas lebih 250 penunggang motosikal yang berlumba haram di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) di sini.

tsergreg

Dalam operasi khas bermula jam 1 pagi semalam, polis turut menggunakan 21 kereta bagi menutup laluan lebuh raya itu bagi memastikan semua mat rempit itu dapat dikepung.

Tindakan itu turut disaksikan wartawan yang mengikuti Ops Bersepadu/Op Samseng Jalan Raya diadakan 108 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, narkotik dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang diketuai Deputi Superintendan Azmi Wahid.

Hasil risikan polis selama seminggu mendapati kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung di lebuh raya itu menjadi kawasan ‘panas’ untuk anak muda berlumba pada setiap hujung minggu.

Aksi berbahaya yang dipamerkan mat rempit semuda usia 14 tahun menarik ratusan penonton membabitkan kumpulan penunggang motosikal yang turut berlumba beramai-ramai di lebuh raya itu.

Malah, kebanyakan mereka turut membawa teman wanita bawah umur untuk menyaksikan pesta lumba haram itu.

Berdasarkan pemerhatian, pasukan pemantau polis memasuki kawasan berkenaan seawal jam 1 pagi sebelum bersiap sedia di lokasi masing-masing untuk mengepung semua mat rempit.

Sebaik semua kawasan itu ditutup, semua penunggang dan pembonceng bagai hilang arah malah ada yang berlegar-legar di tengah jalan sebelum ditahan.

Malah, ada yang cuba untuk melanggar anggota polis yang sudah menutup jalan namun tidak berjaya diberkas.

Operasi yang bermula jam 2 pagi itu menyaksikan lebih 250 penunggang dan pembonceng ditahan polis selepas gagal meloloskan diri.

Mereka diberkas secara berperingkat sejurus kedua-dua laluan di lebuh raya itu ditutup menggunakan lori kontena dan kereta polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua daripada penunggang motosikal ditahan positif mengambil syabu manakala seorang lagi berusia 21 tahun dikehendaki polis atas kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seramai 73 penunggang motosikal didapati tidak memiliki lesen, tiada cukai jalan (24), tiada perlindungan insurans (7), menggunakan nombor plat tidak ikut spesifikasi (40), tiada cermin sisi (17), tiada pelekat P atau L (13), kesalahan ubahsuai ekzos (3), kesalahan ubahsuai motosikal (2), seorang yang tidak memakai topi keledar manakala 15 lagi adalah penunggang bawah umur,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 51 motosikal ditahan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang remaja wanita berusia 15 tahun yang ditahan bersama teman lelakinya mengaku baru berkenalan dua minggu lalu sebelum dibawa menonton lumba haram di kawasan itu.

KUALA LUMPUR 30 JULY 2016. Lori kontena turut digunakan dalam Operasi Bersepadu dan Operasi Samseng Jalanraya oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang di Lebuhraya Grand Saga. NSTP/EMAILKUALA LUMPUR 30 JULY 2016. Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan ketika Operasi Bersepadu dan Operasi Samseng Jalanraya oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang di Lebuhraya Grand Saga. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL31hmpel3_1469916043

 

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

The post Inilah Cara Yang Digunakan Polis Untuk MEMBERKAS Mat Rempit Yang Berlumba Haram !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2aHW8iP
Berita sensasi lagi viral bersama semasaviral.com

href="

"_blank"> Jangan Terlepas Pandang! Klik Gambar! untuk Info Seterusnya...

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.