Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabung Pahlawan: Rosmah seru lebih ramai tampil memberi derma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabung Pahlawan: Rosmah seru lebih ramai tampil memberi derma

rosmah-mansur-tabung-pahlawan

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri merangkap penaung Tabung Pahlawan, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.

Beliau berkata, purata kutipan setiap tahun tabung itu hanya RM1.5 juta, jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan populasi negara.

“Jika separuh daripada rakyat menyumbang seringgit seorang, sekurang-kurangnya Tabung Pahlawan dapat mengutip RM15 juta setahun,” katanya.

Beliau berucap merasmikan kempen Tabung Pahlawan 2016 yang bertemakan “Demi Perwiraku, Sekecil Mana Pun, Besar Pengertiannya” sempena Hari Pahlawan hari ini.

Beliau juga meluahkan rasa sedihnya apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.

“Ini amat mengecewakan memandangkan kerajaan menggalakkan setiap keuntungan syarikat haruslah diperuntukkan sebahagiannya bagi tujuan kebajikan masyarakat, melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Dari itu, saya menyeru agar syarikat GLC dan korporat memperuntukkan sedikit keuntungan mereka kepada tabung ini,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa seluruh rakyat agar sentiasa memberi penghargaan sewajarnya dalam apa jua bentuk kepada bekas-bekas tentera dan keluarga mereka.

Selain pengagihan sumbangan kepada bekas tentera, majlis tadi turut menyaksikan beberapa badan dan syarikat memberikan sumbangan, antaranya Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan sumbangan RM1 juta, Weststar Sdn Bhd (RM100,000) dan Pharmaniaga Berhad (RM50,000).





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2apA9i0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.