Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Akan Sampaikan Aduan Rakyat Kepada Ds Najib Razak Sendiri Pada 12 Ogos Nanti” – TMJ. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Akan Sampaikan Aduan Rakyat Kepada Ds Najib Razak Sendiri Pada 12 Ogos Nanti” – TMJ.

“Saya Akan Sampaikan Aduan Rakyat Kepada Ds Najib Razak Sendiri Pada 12 Ogos Nanti” – TMJ. | PETALING JAYA: Sebarang mesej yang ingin disampaikan rakyat kepada perdana menteri boleh diserahkan melalui Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang akan menghadiri jamuan teh bersama Datuk Seri Najib Razak pada 12 Ogos ini.

xfsgsvd

Sin Chew Daily memetik Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang ditemubual dalam rancangan ‘Obviously Harith Iskander’ di Astro Awani disiarkan malam tadi berkata, semua cadangan yang pernah dikemukakan beliau adalah demi kebaikan rakyat dan generasi akan datang, bukan untuk kepentingan dirinya.

Sehubungan itu, jika berlaku perkara tidak wajar, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyuarakannya.

Tambahnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ismail pernah menasihatkan beliau supaya tidak keliru antara politik dan pendidikan, agama serta perniagaan, kerana ia hanya akan menyebabkan rasuah berlaku.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail memberi jaminan segala maklumat yang disimpan dalam pemacu pena dimilikinya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengubah keadaan dalam persatuan itu.

Beliau berkata, maklumat risikan itu adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam FAM dan ia ada kaitan dengan perancangan skuad kebangsaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat pucuk pimpinan FAM sedia ada perlu berundur kerana mereka tidak memahami bola sepak dan tidak sedar dengan keadaan dalam negara ini.

“Kita tidak boleh cakap dengan yakin yang persatuan bola sepak negara tidak memerlukan bantuan luar. Bola sepak negara memang mempunyai banyak kelemahan dan perlu bergantung kepada pakar asing untuk membantu membangunkannya.

“Saya secara peribadi percaya peningkatan dari segi pendidikan dan tahap penguasaan bahasa di kalangan pemain boleh membantu meningkatkan prestasi profesional mereka,” katanya sambil menambah beliau mungkin menjadi penasihat untuk memberi pendapat terhadap beberapa program atas jemputan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada 18 Julai lalu, Tunku Ismail melalui Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan laporan aktiviti dalaman FAM yang didakwanya berlarutan selama 30 tahun, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Jelasnya, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Sumber : Free Malaysia Today.

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

The post “Saya Akan Sampaikan Aduan Rakyat Kepada Ds Najib Razak Sendiri Pada 12 Ogos Nanti” – TMJ. appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2azGLJX
Berita sensasi lagi viral bersama semasaviral.com

href="

"_blank"> Jangan Terlepas Pandang! Klik Gambar! untuk Info Seterusnya...

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.