Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya
Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya
Atlet dan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri kini semakin mula dikenali ramai selepas beliau telah berjaya ke peringkat akhir dalam acara terjun Olimpik Rio baru-baru ini.
Malah gandingannya bersama rakan penerjun Jun Hoong hampir hampir berjaya meraih pingat menerusi acara 3 meter papan anjal terjun berirama yang mana mereka menamatkan di tempat kelina walaupun mendahului di tempat kedua pada satu masa.
Bagi acara perseorangan pula, Dhabitah telah berjaya menduduki tempat ketujuh dikalangan penerjun terbaik dunia di mana ia adalah memori indah yang tidak dapat dilupakannya.
Walaupun ada yang melihat mudah, sebenarnya Dhabitah dan rakan-rakan penerjun telah menjalani latihan yang amat perit dan bekerja keras untuk mencapai tahap yang dikecapinya pasa masa ini.
Dhabitah telah memuatnaik sekeping gambarnya menjalani latihan yang sememangnya agak mengejutkan ramai. Memang satu usaha / latihan yang amat keras.
Ini tulis Dhabitah:
“Macam inilah bagaimana pasukan terjun Malaysia berlatih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sangat sukar untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Kerana itu, saya sangat menghargai segala sokongan dan galakan yang telah diberi anda. Tolong jangan berhenti memberi sokongan dan tolong jangan mula membenci saya. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik.”
Gambar berkenaan menunjukkan tubuh mereka akan ditindih dan kaki perlu diluas bagi mendapatkan aksi terjunan terbaik. Apapun diharapkan Dhabitah berjaya di masa akan datang dan berjaya meraih pingat di Olimpik Tokyo nanti. -PENMERAHDOTCOM
The post Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya appeared first on PenMerah.com.
Sumber : PenMerah.com
Post a Comment