Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERCAYA TAK? Pinda perlembagaan bukan untuk sekat kuasa Agong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERCAYA TAK? Pinda perlembagaan bukan untuk sekat kuasa Agong

Datuk Seri Nazri Aziz berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1994 – yang memerlukan izin sultan atau raja – bertujuan mengehadkan kuasa istana.

Katanya perlembagaan dipinda pada ketika itu semata-mata untuk melicinkan proses penggubalan undang-undang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

“Ia tiada kena mengena langsung dengan usaha untuk mengurangkan kuasa sesiapa, (sebaliknya) hanya untuk melicinkan (proses penggubalan undang-undang) saja,” katanya kepada media di Muzium Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ditanya media mengenai pandangannya jika perlembagaan perlu dipinda semula bagi membolehkan raja-raja Melayu memberikan persetujuan sebelum sesuatu undang-undang itu diluluskan.

The Star hari ini melaporkan kabinet terbuka untuk membincangkan isu mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas mana-mana akta baru.

Nazri berkata faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu pindaan dibuat ialah kelicinan proses penggubalan undang-undang.

“Hal-hal lain tak patut jadi fakta untuk kita kaji semula melainkan ia menjadi halangan kepada proses itu,” katanya.

MKINI



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bADjBj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.