SUMPAH KALAU BERANI: Mukhriz dicabar bersumpah dengan al-Quran
Seorang bekas pembantu Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabarnya bersumpah dengan al-Quran untuk membuktikan beliau tidak tahu sebarang usaha mensabotaj tawaran awam permulaan (IPO) syarikat 1MDB.
“Saya minta Mukhriz bersumpah dengan al-Quran – tanpa sebarang syarat – bahawa beliau dan bapanya (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak tahu langsung sebarang usaha pihak-pihak tertentu untuk mensabotaj IPO 1MDB, dan beliau tidak mahu menjadi perdana menteri dengan cara segera,” kata Haris Che Mat dalam kenyataannya hari ini.
Haris pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Mukhriz ketika anak bekas perdana menteri itu menjadi menteri besar Kedah.
Haris yang juga naib ketua Umno Pokok Sena siang tadi mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan.
Melahirkan rasa kesal atas dakwaan penyokong Mukhriz bahawa beliau menjadi pengkhianat kepada parti, Haris memberitahu dia masih menjadi anggota Umno berbanding bekas menteri besar itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Sekarang rakyat tahu siapakah pengkhianat kepada Umno dan Melayu. Saya sentiasa mempertahankan Umno.
“Saya tidak hipokrit dan bukan saya yang mensabotaj IPO 1MDB. Bukan saya yang membuat laporan polis pada Disember 2014 dan bukan saya yang mendakwa bahawa RM42 bilion dana 1MDB hilang dan menyalahkan perdana menteri.
“Ini adalah langkah politik yang jijik dan hina,” katanya.
MKINI
from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bPWvqA
Post a Comment