Perit si ibu Bila Anak Kena Jaundice( DEMAM KUNING) .. Wajib Baca untuk Bakal Ibu..!!
Salah satu saat yang paling indah dalam kehidupan seorang wanita adalah ketika melahirkan anak. Segala penat lelah mengandung selama sembilan bulan dan kesakitan ketika menerang anak keluar dari rahim hilang sekelip mata apabila terdengar tangisan bayi. Manakala si bapa pula akan tersenyum simpul melihat jururawat membersihkan bayinya sambil menggosok kepala si ibu. Kemudian anak akan dikendong oleh ayah ke satu sudut. Dengan penuh perasaan sebak dan linangan air mata si ayah mengazankan anaknya. Ohh indahnya kehidupan. Dengan kehadiran orang baru itu lengkaplah sudah kehidupan berumahtangga satu pasangan.
Bagaimanapun bagi sesetengah pasangan saat indah itu tidak kekal lama. Selepas hari kedua atau ketiga keseronokan dan kemanisan disentap apabila bayi yang baru dilahirkan terkena demam kuning.
Penyakit kuning atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil JAUNDICE adalah satu fenemona biasa bagi bayi yang baru dilahirkan. Bagaimanapun ibu bapa tidak boleh mengambil mudah kerana jika tidak bertindak awal ianya boleh membawa ke tahap menukar darah bayi anda.
Untuk rawatan pula, kebiasaannya doktor akan mengambil darah bayi anda terlebih dahulu mengetahui tahap dan jenis kuning yang dialami. Kebiasaannya saat bayi dicucuk untuk diambil darahnya, ibu akan menitis air mata kerana melihat bayinya menangis. Antara ungkapan yang sering kedengaran, “kasihannya anak mama, sikit ya sayang, mama nak ubatkan adik”.
Setelah mengetahui tahap kuning, seterusnya bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi atau dipanggil lampu biru. Ketika itu si ibu sekali lagi akan menangis. Kerana terlalu sedih melihat bayi mereka diletakan dibawah lampu biru tanpa baju. Hanya lampin sahaja. Dan mata akan ditutup untuk mengelak dari mata rosak. Berapa lama bayi akan berada di bawah lampu biru bergantung kepada ketinggian kuning yang dialaminya. Ada yang satu hari sahaja , dan ada yang berhari-hari. Kebiasannya untuk rawatan berkenaan anak dan ibu akan berpisah. Anak ditinggalkan di bawah lampu biru di hospital.
Ketika kuning bayi perlu kerap diberi susu ibu. Kerana itu akan membantu menurunkan kuning. Antara beberapa alternatif lain melalui kaedah tradisional yang boleh membantu menurunkan tahap kuning bayi adalah meminum susu kambing, memakan kurma dan juga madu.
Tiga perkara berkenaan perlu dimakan dan diminum oleh ibu. Kemudian ianya akan sampai kepada bayi melalui susu badan yang dihisap si anak.
Menyedari masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan berdasarkan pengalaman sendiri, Lima Jari Enterprise berusaha mendapatkan formula terbaik untuk membantu mengatasi masalah berkenaan. Maka lahirlah Susu Kambing Lima Jari. Dimana susu kambing keluaran kami diadunkan bersama dengan kurma dan madu. Menyedari terdapat sesetengah orang yang sukar untuk meminum susu kambing dalam bentuk cecair, kami turut menghasilkan susu kambing dalam bentuk tablet (candy) yang dinamakan Candy Susu Kambing Lima Jari. Tanpa perlu dibancuh, hanya letak di atas lidah anda, kemudian hisap atau mamah. Tiada had pengambilan. Boleh diambil seberapa banyak pun sehari. Lagi banyak anda ambil lagi banyak kandungan susu kambing dalam badan anda dan lagi banyak ianya akan sampai kepada bayi anda melalui susu badan. Seterusnya boleh membawa kepada penurunan kuning dengan lebih cepat.
Untuk kaum ibu yang bakal melahirkan bayi, anda boleh mula mengambilnya beberapa bulan sebelum melahirkan bayi. Kerana makanan bayi ketika mereka dalam kandungan adalah apa yang dimakan oleh ibunya. Anda boleh terus mengambil Susu Kambing Lima Jari selepas melahirkan bayi. Jangan tunggu bayi diserang kuning baru anda hendak mencari susu kambing. Ambillah langkah pencengahan yang awal sebelum bayi anda hadapi kuning.
Selain dari kandungan kurma dan madu, Susu Kambing Lima Jari juga diadun bersama dengan colagen dan minyak salmon. Dimana ianya boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik.
The post Perit si ibu Bila Anak Kena Jaundice( DEMAM KUNING) .. Wajib Baca untuk Bakal Ibu..!! appeared first on PenMerah.com.
Sumber : PenMerah.com
Post a Comment