Hi! Welcome Back and Stay Tune! Brunei dari awal memang tidak minat anggotai Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Brunei dari awal memang tidak minat anggotai Malaysia

BRUNEI: Brunei dari awal memang tidak berminat untuk menganggotai persekutuan Malaysia bersama-sama Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Sultan Haji Omar Ali Saifuddein III  pada prinsipnya menerima idea pembentukan Malaysia sebagai satu strategi politik bagi menentukan survival Kesultanan Brunei.

Alasan berkaitan isu cukai, kewangan, hasil dan giliran menjadi Raja hanya alasan baginda menolak cadangan penubuhan Malaysia sehingga menyebabkan Brunei tidak jadi menganggotai Malaysia, kata seorang sejarawan di sini yang enggan dikenali.

Baginda Sultan membawa bersamanya lima pegawai tinggi ke London bagi membuat keputusan akhir pada Julai 1963, dengan harapan bahawa sebarang hambatan dapat diatasi dalam perbincangan berkenaan.

Bagi Sultan Brunei, alasan utama baginda akhirnya memutuskan untuk tidak menganggotai Malaysia ialah demi melindungi Brunei dan rakyatnya dengan isu hasil minyak menjadi faktor utama.

Perbincangan pertama dengan Brunei untuk membincangkan cadangan pembentukan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 Julai 1962, dengan Brunei diwakili Pengiran Pemanca Mohamed Alam.

Perbincangan berkenaan menumpukan perhatian kepada faedah bakal diperoleh Brunei dalam persekutuan berkenaan.

Pada 19 Julai 1962, baginda mengumumkan bahawa Brunei pada prinsipnya  menerima rancangan Malaysia.

Mesyuarat rasmi diadakan antara kerajaan Malaya dengan Brunei pada 22 September 1962 di Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, rombongan Brunei menegaskan perlunya kedudukan Brunei dibezakan dengan wilayah lain seperti Borneo Utara dan Sarawak.

Pemberontakan Brunei pada Disember 1962 telah membantutkan perbincangan pembentukan Malaysia dengan Brunei.

Mesyuarat disambung semula pada awal Mac 1963 dengan tumpuan diberi kepada isu kewangan, kedudukan Sultan, hak istimewa rakyat Brunei dan perwakilan Brunei dalam Parlimen Persekutuan.

Dipersetujui Brunei akan diberi 10 kerusi Parlimen.

Namun mesyuarat berkenaan gagal menyelesaikan isu kewangan dan giliran Sultan Brunei menjadi Raja.

Kerajaan Brunei berpendapat bahawa isu kewangan dan sumbangannya kepada kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk sebagai faktor utama yang menggagalkan keanggotaannya dalam Malaysia.

Kerajaan Brunei mahu mengekalkan kawalannya terhadap hasil bumi dan semua pendapatan daripada minyak.

“Brunei enggan mengongsikan pendapatannya dengan negeri-negeri lain.

Bagi Brunei keanggotannya dalam Malaysia tidak membawa banyak faedah dari segi ekonomi,” kata sejarawan itu.

Brunei hanya sedia menganggotainya jika kerajaan Malaya tunduk kepada semua syaratnya.

Akhirnya Brunei memutuskan untuk tidak menganggotai Malaysia.

Singapura pula telah dikeluarkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.