Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia

Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia

hd

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham Haron Din telah menghembuskan nafasnya terakhir pada usia 76 tahun.

Disaat pemergiannya, turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga yang terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

Ini kenyataannya:

“Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

“Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,”

Sebelum itu Allahyarham Haron Din telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima orang cahaya mata.

Semoga Roh Murabbi Ummah ini ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin. -PENMERAHDOTCOM

The post Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.