Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perginya permata agama negara – Ketua Pas Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perginya permata agama negara – Ketua Pas Sarawak

MIRI: Pemergian Tok Guru Datuk Dr Haron Din di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia amat dirasai.

Menurut Pengerusi PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia amat sedih dengan berita kematian tokoh ini, yang bukan sahaja seorang tokoh ulama yang berwibawa, malah sentiasa tenang menghadapi segala ujian.

“Beliau terus istiqamah bersama perjuangan PAS hingga akhir hayat beliau.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan juga negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

PAS Sarawak katanya, merakamkan takziah kepada keluarga beliau serta ahli PAS di seluruh negara agar tabah dan bersabar menghadapi ujian yang besar ini.

“Kita telah kehilangan seorang permata yang amat bernilai dalam negara ini. Semoga Allah mengampuni beliau dan meletakkan roh beliau bersama roh para solehin,” katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.