Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wasiat Haron Din untuk dikebumi di AS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wasiat Haron Din untuk dikebumi di AS

KANGAR: Jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din akan dikebumikan di Amerika Syarikat, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Seperti yang dipetik BH, allahyarham telah memberi amanat kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini agar dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan beliau meninggal dunia di sana.

“Pesanan itu disampaikan sebelum allahyarham berlepas ke AS, 10 September lalu, di Pusat Rawatan  Darussyifa, di Santan, di sini.

“Ia sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, ” katanya lagi.

Ini merupakan kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan akibat sakit jantung yang dialaminya.

Shukri berkata, pihaknya akan mengadakan solat jenazah ghaib di Kompleks Pas Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.