Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah Kenapa Bercanggah, Ruhainies Pula Nafi Bercinta Dengan Azrel Ismail - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah Kenapa Bercanggah, Ruhainies Pula Nafi Bercinta Dengan Azrel Ismail

Ruhainies Nafi Bercinta Dengan Pelakon Lelaki Tersebut

nafii

Pelakon Azrel Ismail dan Ruhainies dilihat bercanggah pendapat apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan yang amat berbeza tentang status terkini hubungan mereka berdua.

Ruhainies sekeras-kerasnya menafikan kenyataan Azrel sebelum ini yang mengaku sedang bercinta dengan Ruhainies.

Ini komen Ruhainies:

“Saya dan Azrel berkawan rapat tak ada pun bercinta. Tapi kalau ada jodoh saya tak tolak. Saya selesa berkawan dengan dia. Sebenarnya dia tak cakap bercinta tetapi dia suka sahaja. Suka ini boleh kita interpretasikan pelbagai maksud yang banyak. Dia juga artis paling saya rapat dalam industri”

“Saya nak jelaskan di sini bahawa kami berdua tidak bercinta. Status saya solo begitu juga dengan Azrel,”

“Saya masih muda dan jauh lagi perjalanan dalam industri seni, tak terfikir pun nak kahwin lagi. Saya berpegang kepada jodoh,”

Sebelum ini Azrel tampil mengejutkan orang ramai apabila akui bercinta dengan Ruhainies sejak tahun lalu.

Ini kenyataan Azrel sebelum ini:

“Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu,”

Nampaknya mereka main tarik tali, mana satu yang betul? – PENMERAHDOTCOM

The post Dah Kenapa Bercanggah, Ruhainies Pula Nafi Bercinta Dengan Azrel Ismail appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.