Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Cabar nafi kenyataan saya atau saman saya’ – Muhyiddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Cabar nafi kenyataan saya atau saman saya’ – Muhyiddin

SHAH ALAM- Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan dakwaan rasuah membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam skandal 1MDB.

Ujarnya, beliau juga sedia disaman oleh Najib, sekiranya kenyataannya berkenaan isu itu hanya ‘cakap-cakap kosong’.

“PM Najib adalah MO1 sepertimana yang dinyatakan oleh DOJ , yang telah berpakat bersama Jho Low dan Riza Aziz untuk menjarah hasil 1MDB. Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu. Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Najib menafikan dakwaan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam.

Pada Januari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali  mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait kontroversi isu 1MDB. – Sinar Harian

.



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2c8Sgs6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.