Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liu Ying ‘meletup’ 
di laman sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liu Ying ‘meletup’ 
di laman sosial

KUALA LUMPUR  – Populariti pemain badminton negara Goh Liu Ying, 27, benar-benar melonjak selepas Sukan Olimpik Rio 2016, malah dia turut diminati hingga ke Indonesia dan China terutamanya.
Meskipun pemain dari Melaka dan pasangannya Chan Peng Soon itu gagal menewaskan beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam perlawanan akhir di Rio, namun kejelitaan dan kelembutannya ketika beraksi menarik perhatian peminat.

Di luar arena badminton, peminat-peminat Liu Ying semakin bertambah terutama di laman sosial yang begitu tertarik dengannya apabila kebanyakan komen daripada mereka memuji kecantikan ratu beregu campuran negara itu.

Buktinya boleh dilihat menerusi pelbagai komen yang dimuat naik oleh pengikut akaun Instagram milik Liu Ying.

Seorang pengguna Instagram dengan nama @nazreennnnnnn berkata: “@shydtulnadezhda hahahahhahaha itulah. Memang semua peminat badminton dari seluruh pelusuk negara suka pada dia. Hahahaha lawa kan. Mengekalkan feminin walaupun main sukan yang agak lasak”.

Ada juga dalam kalangan peminatnya yang secara bersahaja memberikan komen seperti yang dimuat naik oleh @spnsas: “Walaupun Goh (Liu Ying) tak menang, tetapi Goh tetap menang di hati saya @gohliuying”.

Sementara itu, gambar Liu Ying bersama logo rasmi Rio 2016 menarik perhatian kira-kira 22,300 peminat yang menekan butang ‘like’ kepada gambar tersebut sambil seorang yang menggunakan nama @mohdazuandybin berkata: “Selamat pulang ke tanah air Goh Liu Ying. Tahniah, awak hero Malaysia yang terbaik”.

Setakat pukul 12.30 tengah hari ini, Liu Ying telah memuat naik 517 gambar, manakala peminat yang mengikuti akaun Instagram miliknya sudah mencecah 156,000 orang.

Diminta mengulas fenomena yang dicetuskannya di media sosial, Liu Ying berkata dia berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh peminatnya dan turut menyedari, ada juga penyokongnya yang berasal dari luar negara seperti Indonesia.

“Saya tidak tahu hendak kata apa mengenai perkara itu melainkan rasa terharu. Saya juga dapat melihat pertambahan jumlah peminat di akaun Instagram saya itu disumbang oleh mereka yang berasal dari Indonesia apabila meneliti komen yang diberikan mereka.

“Sukar untuk saya menjelaskan pertambahan peminat ini, tetapi saya memang ada nampak, segala-galanya bermula setelah saya dan Peng Soon bersaing dengan pasangan Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam final Terbuka Malaysia yang lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaiamanapun, Liu Ying, yang sedang bercuti setelah pulang dari Rio, berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan popularitinya yang sedang melonjak sekarang sebaliknya mahu terus fokus kepada badminton agar perjalanan kariernya tidak terganggu.

Namun, ketika ini, katanya dia hanya mahu berehat tanpa memikirkan sebarang perkara termasuk badminton.
– UTUSAN

.



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bGwHkY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.