Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Gambar) Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Gambar) Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM

Gambar: Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM

sulta

Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat bernikah dengan Norashikin Abdul Rahman.

Sultan Sharafuddin dan Norashikin telah dinikahkan oleh Dato’ Seri Haji Mohd Tamyes (Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor) di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut satu kenyataan oleh Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah Sultan Selangor sendiri.

Untuk pengetahuan, Norashikin merupakan seorang pembaca berita di televisyen RTM. Norashikin yang kini berumur 45 tahun berasal dari Kuala Lumpur.

Personaliti TV ini merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005.

Sultan Selangor sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal tetapi telah berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu, pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Kemudian, Sultan Sharafuddin bernikah pula dengan seorang warga Amerika Syarikat iaitu Puan Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 tetapi telah berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera bernama Tengku Amir Shah.

Ucapan tahniah buat Sultan Selangor dan isteri. Daulat Tuanku. -PENMERAHDOTCOM

cats

cats1
cats2

The post (Gambar) Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM appeared first on PenMerah.com.



Sumber : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.