Hi! Welcome Back and Stay Tune! Husam ikrar takluk Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Husam ikrar takluk Kelantan

SHAH ALAM – Selepas mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa berikrar untuk menakluk Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan Kelantan tidak jatuh ke tangan Umno yang dakwanya lebih ‘rakus’ daripada Pas.

“Saya hendak minta izin rakyat Kelantan untuk Amanah mengambil alih pemerintahan Kelantan dalam PRU akan datang, kita tidak mahu Kelantan jatuh kepada Umno yang lebih rakus daripada Pas.

“Pas berada dalam keadaan goyang kaki, tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin kerajaan Kelantan tapi yang disiapkan ialah tugu banjir, kita tak marah kalau nak buat tugu tetapi siapkanlah rumah mangsa banjir dahulu… siap tugu dulu rumah tak siap macam mana,” katanya.

Mengulas lanjut Husam berkata, untuk  memastikan Amanah berjaya menggantikan Pas di Kelantan pada PRU akan datang, Amanah perlu bekerja kuat daripada sekarang.

“Kita akan fokuskan 30 atau 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sementara sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pula Amanah perlu dapatkan 35 peratus, dan Insya-ALLAH lah,” katanya.

Dun Kelantan kini terdiri daripada 45 kawasan iaitu diwakili oleh  Pas 31 kawasan, 12 BN, PKR 1 dan Bebas 1. – Sinar Harian



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bGy2D8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.