Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Diperintahkan Membayar Ganti Rugi $302 Juta Kerana Melanggar Paten - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Diperintahkan Membayar Ganti Rugi $302 Juta Kerana Melanggar Paten

Tahun 2016 bukanlah tahun yang baik bagi Apple. Selain jualan peranti yang menurun mereka juga beberapa kali gagal di dalam kes saman. Seperti yang kami laporkan Februari lalu mereka disaman oleh VirnetX kerana melanggar paten sistem keselamatan atas talian yang digunakan pada aplikasi seperti iMessage. Sungguhpun begitu mahkamah memutuskan ganti rugi $625 Juta dibatalkan atas sebab teknikal dan kes dibicarakan semula bulan lalu.

Keputusan perbicaraan terkini ini tidak memihak kepada Apple. VirnetX dianugerahkan ganti rugi $302.4 Juta (~RM 1.25 Billion) kerana Apple disahkan melanggar paten yang dimiliki mereka sejak 2006. Masalah Apple tidak berakhir di sini kerana sebuah lagi kes akan dibicarakan untuk membuktikan mereka secara sedar melanggar paten ni. Jika didapati bersalah ganti rugi yang bakal dikenakan adalah lebih tinggi. Kes VirnetX menentang Apple ini sudah berlarutan sejak 2010 lagi. Pihak Apple berkeras VirnetX ialah syarikat toyol paten yang tidak menghasilkan produk dan wujud semata-mata untuk menyaman syarikat yang menggunakan teknologi serupa.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dy57Tb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.