Wanita tidak sedar diri, kereta langgar tiang elektrik di Sri Aman
SRI AMAN: Seorang pemandu wanita tidak sedarkan diri selepas kenderaan yang dipandunya gagal dikawal setelah mengelak sebuah kenderaan lain sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Simpang Entulang Entawa, Jalan Sri Aman-Serian pagi tadi,
Menurut Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.37 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.
“Setibanya pasukan ke lokasi, tiada mangsa yang didapati tersepit dalam kenderaan Perodua MyVi yang tersebut.
“Sebaliknya pasukan melakukan pemantauan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.
Menurut Farhan, mangsa yang tidak sedarkan diri impak daripada rempuhan tersebut kemudian dikenal pasti sebagai Nur Hidayatul Nazirah,23 tahun.
Selain pemandu yang turut cedera, seorang penumpang yang lain juga cedera ringan manakala empat rakannya yang lain selamat. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment