Hi! Welcome Back and Stay Tune! Membeli iPhone 7 Dan 7 Plus Boleh Mengakibatkan Anda Dibuang Kerja Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Membeli iPhone 7 Dan 7 Plus Boleh Mengakibatkan Anda Dibuang Kerja Di China

Anda boleh dibuang kerja kerana gagal melakukan tugasan, melakukan aktiviti jenayah atau melakukan sabotaj ke atas syarikat. Ini semua dianggap alasan yang cukup kukuh untuk membuang pekerja. Di China anda boleh dibuang kerja kerana membeli iPhone 7 dan 7 Plus. Memo di bawah dikeluarkan oleh Nanyang Yongkang Medicine Company, sebuah syarikat dari provinsi Henan. Pembelian peranti Apple dikatakan adalah tidak patriotik. Pekerja diingatkan supaya memboikot produk syarikat asing sebagai tanda menghormati ulang tahun ke-85 China diserang Jepun pada 18 September 1931.

buang-kerja-iphone-7-china-2 Mereka yang melanggar arahan ini disuarakan supaya terus menyerahkan notis letak jawatan dengan segera. Tindakan syarikat ini menerima pelbagai reaksi di Weibo. Ada yang merasakan ianya kurang wajar kerana boleh menyebabkan pekerja warga China di Foxconn kehilangan kerja. Terdapat juga yang menyokong dan menyarankan kesemua penjawat awam wajib menggunakan peranti keluaran syarikat tempatan sahaja.

Apabila wakil Nanyang Yongkang Medicine Company dihubungi mereka memberikan alasan berbeza pula mengapa memo dikeluarkan. Mereka mengatakan memo diberikan bagi mengingatkan pekerja supaya tidak taksub dengan teknologi terkini yang mahal dan sebaliknya mementingkan kesejahteraan keluarga terlebih dahulu.

buang-kerja-iphone-7-china-1

Pada waktu yang sama sebuah lagi memo dari sebuah hospital di Chongqing mengingatkan pekerja supaya pekerja tidak membazir membeli iPhone terkini. Mereka yang didapati membelinya akan diberikan gred rendah di dalam penilaian tahunan. Alasan yang diberikan ialah bagi mengelakkan pembaziran di kalangan pekerja. Pihak hospital risau pembelian peranti iPhone yang mencecah tiga bulan gaji akan menyebabkan pekerja meminjam daripada bank atau menjual organ. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku memo amaran dikeluarkan pihak hospital.

Apakah pendapat anda mengenai memo-memo amaran seperti di atas? Adakah anda bersetuju sekiranya majikan tempatan mengambil tindakan yang sama? Di Amanz kakitangan digalakkan memakai peranti yang digemari asalkan tidak menyebabkan gagal menyiapkan kerja di pejabat.

*terima kasih @zakritarmidi atas tip berita

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2diz503

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.