Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enam kanak-kanak sah positif Rotavirus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enam kanak-kanak sah positif Rotavirus

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini mengesahkan enam kes positif jangkitan Rotavirus membabitkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr M. Sukumar berkata kesemua kanak-kanak yang dilaporkan positif virus tersebut adalah di antara umur satu hingga lapan tahun.

“Tiga kes telah dilaporkan di Hospital Bukit Mertajam, dua kes di Hospital Balik Pulau dan satu kes di Hospital swasta dari tarikh 27 hingga 30 Sept,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa dimasukkan ke hospital selepas mempunyai simptom seperti muntah-muntah dan cirit-birit.

Namun, Sukumar yang sedang berada di luar negeri berkata kesemua mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat oleh doktor.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah  dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.