Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita 60 tahun diserang penyakit misteri bertukar jadi bayi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita 60 tahun diserang penyakit misteri bertukar jadi bayi

MUMBAI: Kejadian kanak-kanak cepat berubah menjadi tua dari segi wajah adalah biasa.

Lain pula kisahnya di India apabila seorang nenek berubah menjadi bayi.

Sebelum itu wanita berkenaan, Shanti Devi, 60, mempunyai ketinggian normal tetapi kini hanya 60 sentimeter.

Ia sama seperti ketinggian bayi berusia tiga bulan.

Daily Mirror melaporkan kejadian itu berlaku sejak 25 tahun lalu dan akibatnya dia tidak bergerak seperti biasa, sebaliknya hanya baring di atas katil.

Akhbar itu berkata, keadaan aneh itu yang dialaminya menarik perhatian pelancong.

Mengakui bosan dengan keadaan yang dialaminya, Shanti berkata, dia tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti.

“Kini saya amat rindu untuk duduk dan berjumpa rakan-rakan saya,” katanya.

Devi terpaksa bergantung kepada anak-anak dan suaminya untuk melakukan rutin harian.

Suaminya, Gangacharan Kushwaha berkata, isterinya mengalami penyakit pelik itu sejurus selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Pelbagai usaha untuk mengubati Devi tidak berjaya dan doktor berkata tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.