Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemarahan Dr Juanda meledak, projek Jambatan Igan hanya bermula 2018, orang Melanau bukan warga kelas kedua! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemarahan Dr Juanda meledak, projek Jambatan Igan hanya bermula 2018, orang Melanau bukan warga kelas kedua!

KUCHING: Ledakan kemarahan. Itu yang dapat digambarkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya semalam apabila mendapat tahu satu-satunya projek jambatan yang menghubungi Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018.

dr-juandaDr Juanda, bekas Mufti Perlis tanpa berselindung menulis dalam laman facebooknya, membayang kemarahan yang tidak terbendung.

“Yobi !!! Panas nar rasa ati tuk ko… Astaghfirullah!!!!  makin lambat duhal projek federal tuk. 2018 ya terlalu jauh. Dah berapa kali RMK n Rolling dah….”

Menurutnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf kepada akhbar The Borneo Post semalam begitu menghiris hatinya, apatah lagi bagi penduduk kawasan itu yang selama ini adalah penyokong setia Barisan Nasional.

“Kesian adik kakak kita di kampung yang sudah sekian lama cukup setia mengundi dotdotdot. Setiap kali nunggu feri, suara kekesalan penduduk telah tidak dapat disembunyikan lagi….”

“Alhamdulillah, telinga saya lom ‘pekak’ gik untuk mendengar bisikan keluhan rakyat di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Jadi mulut saya pun sikkan dapat ‘bisu’ untuk bercakap tentang kepentingan rakyat di kampung yang juga adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, beliau kasihan kepada rakyat di kawasan pesisir Melanu yang seolah-olah dijadikan warga kelas kedua.

“Kesian adik kakak kita di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga amat dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar. Sikkan kawasan kamek orang sikda beza dari zaman mensia… zaman merdeka dolok??? Mun ada yang sik percaya sila lah ke kawasan bersama saya,” katanya.

Tegasnya, beliau meluahkan perasaan kerana mengenangkan amanah rakyat yang dipikulnya, sejak menjadi wakil rakyat pada Mei lalu.

“Nei lah gaya. Kita bukan boleh bercakap di Parlimen! Bercakap di DUN pun hanya mampu didengar ajak barang kali. Sampai kah sik, Tuhan ajak yang tauk! Tapi saya sik akan berhenti bercakap perkara tuk dalam semua versi dan tone bahasa yang saya tauk. Amanah rakyat mesti didahulukan.

“Mun nok di atas nun terasa ati, saya sik perlu minta maaf sebab saya rasa nok atas nun yang perlu minta maaf kepada rakyat yang sengsara di bawah nun,” katanya sinis.

Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung juga harap jangan tidak diambil perhatian kerana ia permintaan yang “maha penting” daripada penduduk Kampung Igan untuk projek Jambatan Batang Igan.

“Ini untuk memastikan projek mega kerajaan mendatangkan ‘spill over’ yang sebenar kepada pembangunan ekonomi rakyat dan negara.

“Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi jambatan ya harap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi orang kampung, bukan dengan senioriti kitak orang!

“Ada mata jangan buta , ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu, ada kuasa jangan sik pandei makei. Ingat…pembangunan dan politik berpisah tiada!” katanya lagi.

Beliau membuat ulasan demikian selepas Fadillah semalam memberi penjelasan bahawa Jambatan Batang Igan akan hanya dimulakan kerja pembinaannya pada awal 2018.

Projek itu dijangka menelan kos sekitar RM300 juta , termasuk 4km jalan yang akan menuju ke lokasi jambatan baharu tersebut.

Pembinaan projek jambatan sepanjang 1.8 kilometer tersebut telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.