Tiga rumah teres musnah dijilat api di Limbang petang tadi
LIMBANG: Penghuni tiga buah rumah teres dua tingkat di Taman Pertama, Jalan Kubong dekat sini cemas petang tadi apabila rumah mereka musnah dijilat api.
Menurut Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, kejadian berlaku sekitar jam 4 petang tadi ketika para penghuni sedang berehat di rumah.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.15 petang dan dua jentera bomba serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.
“Jentera tiba tujuh minit kemudian, dan mendapati api sedang menjilat rumah kedua dan ketiga, serta mengeluarkan asap tebal.
Katanya, pasukan yang hadir berjaya mengawal kebakaran selepas 50 minit mengepung api terbabit dari semua penjuru.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, kebakaran tersebut memusnahkan sepenuhnya rumah pertama, 60 peratus rumah kedua dan 10 peratus rumah ketiga,” katanya lagi.
Kata Farhan lagi, tiada mangsa dilaporkan dalam tragedi tersebut, dan punca kejadian masih disiasat oleh pasukan forensik kebakaran. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment