Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mungkin Kelak Boleh Mengenal-Pasti Siapakah Yang Menggunakan Apple Watch - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mungkin Kelak Boleh Mengenal-Pasti Siapakah Yang Menggunakan Apple Watch

Pelbagai syarikat teknologi sering memfailkan paten untuk pelbagai perkara baru yang mungkin hadir ataupun tidak pada peranti dan penawaran mereka. Terkini, Apple dilihat telah memfailkan sebuah paten yang agak menarik untuk jam tangan pintar mereka, Apple Watch.

Melalui paten baru ini, Apple dilihat ingin menggunakan Apple Watch dalam mengenal-pasti seseorang pengguna.

Apple Watch -IMG_0995

Daripada paten Apple terbaru, mereka ingin menggunakan cahaya daripada sensor pada jam tangan pintar untuk mengenal pasti seseorang, terutamanya melalui vaskulatur pengguna (pembuluh darah). Pada awalnya data akan disimpan, dan seterusnya pada kemudian kalinya cahaya berkenaan boleh mengenal-pasti seseorang dengan membandingkan informasi yang terdapat berdasarkan data yang disimpan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih sekadar sebuah paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada Apple akan mengintegrasikannya ataupun tidak pada jam tangan pintar mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2e6j3oy

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.