Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beli Apple iPhone 7 Secara Ansuran Melalui U MicroCredit Dan Lazada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beli Apple iPhone 7 Secara Ansuran Melalui U MicroCredit Dan Lazada

Beli Apple iPhone 7 Ansuran

Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus baru sahaja membuka tirai di Malaysia dengan harga jualan bermula RM3199 untuk iPhone 7 dan RM3799 untuk Apple iPhone 7 Plus yang boleh didapati melalui laman rasmi Apple Malaysia dan juga pengedar rasmi Apple.

Syarikat-syarikat telco juga telah menawarkan plan data khas untuk iPhone 7 dengan harga subsidi yang lebih murah. Namun secara keseluruhannya ianya masih lagi mahal apabila disertakan dengan bayaran pendahaluan dan bulan pertama plan data yang perlu dibayar semasa membuat pembelian.

Namun, terdapat beberapa kaedah lain bagi mendapatkan peranti idaman ramai ini iaitu melalui ansuran bulanan. Buat masa ini, UMobile dan Lazada Malaysia antara yang menawarkan kaedah pembelian secara ansuran.

Beli Apple iPhone 7 Secara Ansuran Melalui U MicroCredit

Beli Apple iPhone 7 Ansuran U MicroCredit

Sejak Apple iPhone 6 lagi UMobile telah menawarkan pembelian iPhone secara ansuran beserta plan data yang murah. Melalui plan U MicroCredit anda berpeluang untuk dapatkan Apple iPhone 7 versi 32GB dengan bayaran bulanan serendah RM98. Anda juga diwajibkan mengambil plan data sama ada i40, i60, i90 dan i130 dengan langganan bulanan dari RM40, RM60, RM90 dan RM130.

Lebih menarik mengenai pakej ansuran UMicroCredit dari UMobile ini ialah anda tidak perlu membayar wang pendahuluan sepertimana syarikat telco yang lain. Kadar interest juga agak rendah iaitu 1.5% untuk jumlah pinjaman dibawah RM3000 manakala 1.1% untuk pinjaman diatas RM3000.

Bagi yang berminat membeli Apple iPhone 7 secara ansuran melalui UMicroCredit anda boleh memohon secara Online di laman UMobile dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan termasuk IC, Penyata Bank, Slip Gaji, Penyata EPF dan sebaginya. Anda juga boleh membuat permohonan di cawangan UMobile berhampiran anda.

Beli Apple iPhone 7 Secara Ansuran Melalui Lazada Malaysia

Beli Apple iPhone 7 Ansuran Lazada

Membeli secara ansuran melalui Lazada Malaysia adalah cara paling mudah untuk dapatkan peranti kesayangan anda ini. Untuk Apple iPhone 7 versi 32 GB, Lazada menawarkan ansuran serendah RM266.58 sebulan selama 12 bulan dengan pembayaran melalui Kad Kredit Maybank Visa dan MasterCard pada kadar interset 0%.

The post Beli Apple iPhone 7 Secara Ansuran Melalui U MicroCredit Dan Lazada appeared first on Mesra Mobile.



Penyumbang : Mesra Mobile http://ift.tt/2dPlcqV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.