Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalan di Bangkok ditutup untuk perarakan jasad Raja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalan di Bangkok ditutup untuk perarakan jasad Raja

BANGKOK: Perarakan untuk membawa jasad Raja Bhumibol Adulyadej dari Hospital Siriraj ke Grand Palace akan bermula 1 tengah hari ini (waktu tempatan).

Perarakan itu akan melalui jambatan Arun Amarin dan Phra Pinklao sebelum berarak ke jalan Ratchadamnoen untuk ke Grand Palace, memasuki istana itu menerusi Thevapirom Gate.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan perarakan itu di sepanjang laluan yang ditetapkan dan dinasihatkan untuk memakai pakaian hitam sebagai tanda berkabung dan menghormati kemangkatan raja, kata Biro Isi Rumah Diraja.

Hari ini merupakan cuti umum di Thailand, menurut kerajaan itu.

Sementara itu, Polis Metropolitan Bangkok dalam satu kenyataan berkata, beberapa jalan akan ditutup kepada orang awam bagi memberi laluan kepada perarakan itu ke Istana Diraja dengan lancar. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.