Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Netflix Mungkin Hadir Dengan Sokongan Offline Menjelang Penghujung 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Netflix Mungkin Hadir Dengan Sokongan Offline Menjelang Penghujung 2016

Netflix pada bulan April 2016 yang lepas telah mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menambah fungsi menonton video secara luar-talian pada perkhidmatan mereka. Kini, lanjutan daripadanya, desas-desus baru hadir mengatakan Netflix mungkin memperkenalkannya sebelum penghujung 2016 ini.

Sokongan menonton video tanpa internet merupakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai. Ini membolehkan pengguna memuat-turunnya terlebih dahulu pada peranti, dan kemudian menonton video tanpa gangguan ketika sedang bercuti, dalam kapal terbang dan sebagainya.

Netflix

Di Malaysia, iFlix sedia menawarkan fungsi ini melalui aplikasi mudah-alih mereka. iFlix mengehadkan kepada beberapa kandungan sahaja yang boleh dimuat-turun, disamping mempunyai had bilangan episod yang boleh disimpan.

Untuk Netflix, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah implementasinya kelak. Berkemungkinan pihak Netflix melakukan perkara sama – dan mengikut desas-desus, ia dikatakan akan diperkenalkan terlebih dahulu untuk rancangan terbitan mereka sendiri. Ia juga mungkin ditawarkan melalui aplikasi mudah-alih sahaja dengan format yang dikhususkan untuk aplikasi mereka bagi mengelakkan cetak-rompak.

Sebelum ini, Netflix turut telah memperkenalkan sokongan penjimatan data pada peranti mudah-alih dalam memudahkan lagi pengguna di negara-negara membangun menikmati perkhidmatan mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2e33AXo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.