Google Akan Hadir Dengan Keputusan Carian Khusus Untuk Peranti Mudah-Alih, Berbeza Dengan Desktop
Google sebelum ini telah dilihat agak memfokuskan kepada arena mudah-alih, termasuk pengenalan Accelerated Mobile Pages, dan memperlihatkan web yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih pada posisi yang lebih tinggi.
Kini, ia turut dikongsikan mengatakan Google akan hadir dengan indeks keputusan carian yang khusus dan berbeza untuk peranti mudah-alih – berbanding dengan versi desktop.
Melaluinya, ia akan lebih memposisikan laman yang dioptimasikan pada indeks teratas, disamping dikatakan akan memperlihatkan keputusan carian yang lebih “segar” dan baru berbanding dengan pada desktop.
Ini mungkin kerana pada peranti mudah-alih, pengguna membuat carian untuk mengetahui sesuatu yang sedang berlaku sekitar mereka, dan ingin mengetahuinya dengan pantas. Pada masa yang sama, penggunaan teknologi seperti AMP dan sebagainya juga mungkin memainkan peranan dalam posisi enjin carian kelak.
Google dikatakan akan hadir dengan perubahan baru ini dalam masa beberapa bulan lagi – dan mungkin kita akan melihat perubahan diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dOM5LH
Post a Comment