Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Menguji EMUI 5.0 Beta Pada Huawei P9 Plus Dan Lite - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Menguji EMUI 5.0 Beta Pada Huawei P9 Plus Dan Lite

Huawei P9 merupakan peranti keluaran Huawei yang agak popular dan berjaya pada tahun ini. Kini, bergerak ke hadapan, pihak Huawei telah dalam persediaan untuk memperkenalkan kemaskini Android 7.0 Nougat bersama-sama antaramuka EMUI 5.0 untuk pengguna peranti dibawah keluarga berkenaan, iaitu Huawei P9 Plus dan juga Huawei P9 Lite.

Huawei P9 Lite

Untuk tujuan berkenaan, pihak Huawei Malaysia telah mula mencari mereka yang berminat untuk menguji perisian berkenaan pada telefon pintar berkenaan, dan menjadi antara yang terawal menggunakan EMUI 5.0 pada Huawei P9 Plus atau Huawei P9 Lite.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba untuk mendaftarkan minat pada halaman khusus yang disediakan oleh Huawei. Seperti biasa, ini adalah untuk tujuan ujian beta, dan anda tidak dinasihatkan untuk menyertainya sekiranya anda hanya mempunyai satu sahaja peranti dan digunakan untuk tujuan utama – memandangkan ujian beta ini mungkin mempunyai beberapa pepijat yang tidak dikenal-pasti lagi.

Daftar Minat Menguji EMUI 5.0 Beta






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ihM2bG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.