Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 sebab kenapa eksiden bas kat Malaysia kerap berlaku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 sebab kenapa eksiden bas kat Malaysia kerap berlaku

5 sebab kenapa eksiden bas kat Malaysia kerap berlaku

(This article is translated from the English version, click here to read it!)

Pada hari Natal haritu, sebuah bas di Muar telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di mana seramai 14 orang (termasuk pemandu) telah kehilangan nyawa dan 16 orang lagi cedera. Peristiwa ni telah digelar sebagai salah satu kemalangan yang paling teruk sejak eksidenkat Genting Highlands 37 tahun lepas.

Saksi mengatakan yang mereka ternampak bas tu melayang terbang melanggar sebatang lampu jalan sebelum terjun ke gaung. “Saya terdengar satu bunyi kuat, lagi kuat dari bunyi tayar meletup. Pastu terdengar orang jerit minta tolong dan kami pun pergi angkat mangsa ke tempat selamat, ” kata Ahmad Fahmi Khairuddin. Pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa pemandu bas tersebut, Zakeer Zubir, sedang memecut laju sebelum kemalangan.

Accident yang kat Muar haritu. Gambar dari Malay Mail.

Persoalannya adakah ni norma perjalanan sesuatu bas? Kalau tak, apakah tindakan yang boleh diambil untuk memastikan kemalangan macam ni berkurangan?

Jadi untuk memahami masalah ni kami cuba mengenal pasti 5 sebab utama kenapa eksiden macam ni boleh berlaku.

1. Gaji pemandu yang murah

Petikan dari Astro Awani.

Di waktu tambang KTM, LRT, Taxi, dan Monorail semua naik sehingga ke tahun 2015, tambang bas dah lama tak berubah sejak tahun 2009. Ini menjadikan bas sebagai salah satu cara yang murah untuk travel.

Benda ni memang bagus untuk penumpang, tapi ia juga secara tak lansung membawa kepada lebih banyak eksiden. Macam mana pulak tu? Kisahnya, pemandu bas dapat komisyen dari setiap lokasi yang dorang singgah, maknanya lagi banyak tempat pergi lagi tinggi la komisyen. So apa lagi, masing-masing making memecut la sebab nak kejar komisyen.

Frankie Loke, 64, seorang pemandu bas veteran selama 39 tahun berkata – pemandu biasanya akan kejar trip untuk duit lebih. “Gaji seorang pemandu berpandukan syarikat yang dia bekerja. Standard komisyen adalah RM140 untuk satu trip. Kalau ada dua pemandu, duit tu akan dibahagikan”.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mencadangkan untuk semak balik sistem komisyen tu:

“Kalau kita kawal harga mereka (syarikat bas) dan paksa naikkan gaji pemandu, sudah tentu mereka akan gulung tikar. Jadi kami bercadang untuk kasi kelonggaran dalam harga tiket bas.” – Tan Sri Syed Hamid Albar, The Star

Petikan dari Malay Mail.

Cadangan Syed Hamid tu telah mendapat sokongan dari Pan-Malaysian Bus Operators Association (PMBOA) yang bersetuju bahawa harga tiket bas sepatutnya dah lama naik. Presiden persatuan tersebut, Datuk Mohamad Ashfar Ali telah menggesa kerajaan supaya tak masuk campur dengan hal harga dan biar orang industri menentukannya.

“Setiap kali kami minta untuk naikkan harga, mereka akan kata sudah ada GST dan ni akan menyusahkan orang dan pilihan raya nanti. Mereka sudah kasi pelepasan kat bas sekolah kenapa tak bas-bas lain juga?” – Datuk Mohamad Ashfas Ali, Malay Mail Online.

Dan isu ni sebenarnya agak penting sebab kalau masalah ni tak settle, masalah seterusnya ni tak boleh nak dapat diselesaikan…

2. Drebar bas guna dadah untuk tahan mengantuk

Petikan dari Astro Awani.

Oleh sebab drebar bas nak kejar komisyen, dorang akan cuba buat lebih banyak trip, kerja lebih masa sampai ke lewat malam dan awal pagi. So untuk kekal berjaga, dorang guna dadah – selalunya methamphetamine, berdasarkan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan. Dulu dorang hisap ganja #420 tapi tukar bila dapat tau meth lagi power.

Bila SPAD dapat tau pasal masalah ni, mereka telah menguatkuasakan undang-undang baru di mana setiap bas kena ada dua pemandu supaya dorang boleh bergilir-gilir.

“Kalau perjalanan melebihi 300km, kena ada pemandu kedua dan siapa drive time pergi tak boleh drive time balik” – Pemandu veteran, New Straits Times.

Pemandu veteran ni jugak kata kebanyakan pemandu bas akan dapat cuti lepas perjalanan yang jauh, dan ada yang kerja selang sehari. Tapi sesetengah pemandu kata dorang lagi suka bawak sorang-sorang supaya boleh tapau semua komisyen.

Sayangnya, Zakeer Zubir, pemandu bas yang eksiden kat Muar tu telah memandu seorang diri tanpa teman. Setakat ni tauke syarikat bas tu, Goldstar Express (M) Sdn Bhd masih tak tampilkan diri untuk beri penjelasan kenapa dia memandu seorang diri. Apa yang lebih memeranjatkan adalah drebar tersebut hanya mendapat tidur selama 3 jam saje sebelum membuat trip dari Penang ke Johor! Tapi takde pula laporan yang mengatakan dia ada ambil dadah so maybe dia betul-betul letih sewaktu memandu.

3. Kalau kena pecat, pemandu boleh senang-senang je pergi ke syarikat lain

Syed Hamid dari SPAD kata yang industri bas sekarang ni mengalami kekurangan pemandu. Sebab tu la bila ada yang kena pecat, sure ada kompeni lain yang akan ambil kerja.

Menurut Ketua Polis Muar ACP Azman, Zakeer Zubir dan juga syarikat Goldstar Express didapati mempunyai beberapa kesalahan trafik termasuklah memandu melebih had laju.

Isu kekurangan pemandu ni teruk gila sampaikan industri bas mintak kerajaan untuk masuk campur. Berdasarkan statistik PMBOA, Malaysia mengalami kekurangan lebih kurang 5000 pemandu setiap tahun! Kenapa? Sebab pemandu tua dah pencen dan ada pulak yang masuk bidang lain..

Petikan dari Borneo Post.

PMBOA mencadangkan kepada kerajaan supaya buat program memandu bas untuk golongan muda terutama sekali kepada yang tak habis sekolah. “Kita latih budak-budak yang kena buang sekolah ni secara percuma supaya mereka boleh cari pendapatan” kata Datuk Mohamad Ashfar Ali.

Mungkin perlu ada tindakan undang-undang kepada syarikat tersebut sekali, contohnya tarik balik lesen dorang. Untuk kes Muar ni, Goldstar dan semua bas dia kena gantung sampailah siasatan selesai.

Sebelum ni, SPAD ada nak buat program dimana semua bas kena letak GPS supaya senang untuk kerajaan check kat mana bas tu pernah pergi dan berapa laju. Tapi taktau kenapa, ia ditunda ke 2020 dan perkara ni telah dipersoalkan oleh Setiausaha Persatuan Gerakan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill.

Mmm… OK. Gambar dari NST.

 “Cukup-cukuplah tu, nak kena tunggu orang mati lagi baru nak bertindak? Lepas kejadian, semua patah balik ke comfort zone dan tunggu kejadian seterusnya” – Datuk Amarjit, The Star

4. Anak muda tak minat jadi pemandu bas

Haa buat apa tu?! Main telefon sambil memandu ke bang? Gambar dari channelnewsasia.com

Tadi kami ada kata yang industri bas ada plan nak ambil darah muda kan? Tapi sebenarnya kat situ pun problem sebab ramai budak-budak muda tak nak join dan sebab utamanya adalah gaji basic agak rendah, lebih kurang RM2000!

Dah la nak apply lesen bas pun sebenarnya mahal, serupa nak masuk IPTA. Contohnya RM2000-2500 untuk lesen D, RM1500-2000 untuk lesen E atau lesen PSV. Nak complete lesen ni bukan seminggu dua ye, tapi sekurang-kurangnya 2 tahun!

“Bagi yang takde lesen lagi, mereka mungkin akan habiskan lebih kurang RM5000-RM6500 untuk dapatkan semua lesen yang diperlukan seperti lesen E, D, dan Vokasional sebelum boleh jadi pemandu bas” – Datuk Ashfar, Borneo Post

Sebelum nak cari duit kena ada duit. Gambar dari malaysiandigest.com

Untuk counter masalah ni Datuk Ashfar mencadangkan agar ada subjek memandu kenderaan berat kat sekolah politeknik; manakala Pengerusi Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros), Tan Sri Lee Lam Thye, mencadangkan agar dibuka sekolah khas untuk melatih pemandu bas professional.

5. Penyelenggaraan bas yang lemah

Alolololo kesian dia demam selesedih. Gambar dari finieartamerica.com

Bagi yang taktau, bas-bas ni semua wajib dihantar ke Puspakom untuk checkup, masalahnya masalahnya ramai yang tak buat. Malah Puspakom melaporkan sebanyak 4111 bas tak dihantar untuk buat pemeriksaan pada tahun lepas.

JPJ pula dah blacklist lebih kurang 649 bas sebab gagal pemeriksaan lebih tiga kali dan menyaman 4513 bas sebab gagal tunjuk surat lulus pemeriksaan Puspakom. Bagi yang terlibat dengan pemeriksaan bas ni pulak berkata, bas-bas ni selalu dihantar setahun sekali je dan bukannya 6 bulan sekali.

Puspakom juga meminta syarikat bas untuk ikut cadangan servis dari kilang:

“Pemandu bas/Pengusaha digalakkan menghantar bas untuk pemeriksaan mengikut manual dari kilang bas masing-masing dan bukan saje bergantung kepada pemeriksaan wajib 6 bulan sekali” – Puspakom,  The Star

Kat bawah ni kami tampilkan sebuah video apa jadi kalau bas rosak time tengah drive. Jangan risau takde unsur ngeri.

Nampak gayanya peraturan memang dah cukup… so kat mana silapnya?

JPJ yang sedang menjalankan ujian air kencing. Gambar dari mysinchew.com

Selain dari undang-undang yang dah ada, JPJ nak bergabung kuasa dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK) dimana mereka akan kerahkan 300 orang untuk pergi ke terminal bas dan kawasan rehat highway untuk buat ujian kencing.

Malah ada yang mencadangkan untuk buat ujian air kencing setiap hari, tapi benda ni tak mendapat persetujuan dari syarikat bas. So last-last ujian air kencing ni dibuat secara mengejut dan rambang je.

Sebenarnya banyak je peraturan telah dibuat oleh penguatkuasa dan juga cadangan dari pemandu bas untuk memperbaiki situasi yang teruk ni. Dan kalau nak sembang pasal idea pun, macam-macam dah ada cuma tak buat je lagi. Contohnya macam penggunaan GPS kat dalam bas, taktau kenapa tapi kena tunda sampai 2020.

Contoh gambar penggunaan GPS bas kat Singapura. Gambar dari avlview.com

Miros ada kata yang eksiden yang teruk macam kat Muar ni takkan terjadi kalau ada penguatkuasaan yang tegas. “Ni semua berkaitan dengan pihak berkuasa, kita kena tengok betapa efektifnya penguatkuasaan” kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Kenapa dia bercakap macam tu mungkin kerana semua idea yang dicadangkan tu telah datang selepas eksiden bas kat Genting tahun 2013 cuma sampai sekarang ia tak dikuatkuasakan.



Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2iF21TA

a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.