Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Predator Z301CT Dilancarkan – Monitor Skrin Lengkung Dengan Teknologi Penjejakan Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Predator Z301CT Dilancarkan – Monitor Skrin Lengkung Dengan Teknologi Penjejakan Mata

Sekiranya anda seorang gamer, monitor Predator keluaran Acer pastinya sudah dimiliki ataupun di dalam senari ingin dimiliki. Mereka kerap menghasilkan monitor yang mensasarkan golongan peminat permainan PC. Di CES 2017, mereka mengumumkan tiga lagi monitor berprestasi tinggi. Kita mulakan terlebih dahulu dengan Predator Z301CT yang mempunyai skrin lengkung dan sistem penjejakan mata menggunakan teknologi Tobii.

Predator Z301CT berskrin lengkung 30″ dengan saiz lengkung 1800R. Panel 21:9 menyokong resolusi 2560 X 1080 pixel, 200Hz refresh rate dan waktu tindak balas 4ms. Leher monitor boleh didongakkan 25 darjah ke atas dan 5 darjah ke bawah. Ketinggian boleh dilaraskan sehingga 120 mm. Teknologi penjejakan mata Tobii yang disertakan membolehkan pemain mengawal watak dengan hanya menggerakkan mata. Akhir sekali dua pembesar suara 3W dengan sokongan audio DTS disertakan. Ia akan dijual Februari ini pada harga $900 (~RM 4043).

Dua monitor baru siri XB2 turut dilancarkan iaitu Predator XB252Q dengan skrin 24.5″ dan Predator XB272 dengan skrin 27″. Kedua-duanya adalah monitor 16:9 resolusi 1080P, 240Hz refresh rate, waktu tindak balas 1ms dan menyokong teknologi NVIDIA ULMB. Leher monitor boleh didongakkan 20 darjah ke atas dan 5 darjah ke bawah. Ketinggian boleh dilaraskan sehingga 115 mm  dan skrin diputar 90 darjah. Akhir sekali dua pembesar suara 2W disertakan. Kedua-duanya akan dijual Februari ini pada harga bermula dari $550 (~RM 2470).






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hQgA5z

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.