Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi MyBoost Ingin Memudahkan Proses Tambah-Nilai – Memberikan Kredit XPAX RM10 Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi MyBoost Ingin Memudahkan Proses Tambah-Nilai – Memberikan Kredit XPAX RM10 Percuma

Aplikasi yang dinamakan sebagai Boost telah mula dipasarkan melalui beberapa teaser menggunakan selebriti sebelum ini. Ia dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada 6 Januari ini, tetapi aplikasi berkenaan kini telah pun diterbitkan pada Google Play Store dan sedia dimuat-turun para pengguna di Malaysia.

Aplikasi Boost ini dilihat hadir daripada pihak Celcom. Perkara ini dinyatakan pada halaman Terma dan Syarat untuk aplikasi berkenaan. Boost memfokuskan kepada kemudahan para pengguna untuk membuat tambah-nilai prabayar, selain turut melanggan kepada pelan-pelan internet. Buat masa permulaan ini, Boost hanya menyokong sejumlah pelan dibawah Celcom, iaitu semua pelan Xpax, Xpax Turbo, pax Magic, X2, SOX, Xpax24, XMID, UOX dan juga IOX. Melalui halaman FAQ, pembangunnya mengatakan mereka bakal menyertakan sokongan untuk talian telekomunikasi lain, tetapi tidak memberikan sebarang tarikh untuknya.

Boost Android

Boost Android

Menggunakan aplikasi Boost ini, pengguna akan diperlukan untuk mendaftar menggunakan nombor telefon, dan kemudian boleh menambah kad debit atau kredit, atau menghubungkan ia ke akaun Maybank2U untuk menambah kredit. Seterusnya, kredit pada Boost boleh digunakan untuk membuat pembelian tambah-nilai, atau melanggan pelan internet – atau turut digunakan untuk berkongsi bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Boost Android

Melalui aplikasi Boost ini juga, beberapa ganjaran diberikan kepada pengguna apabila menggunakannya dalam menambah-nilai. Ia diberikan dengan pengguna perlu menggoncang peranti mereka. Untuk peringkat pengenalan ini, bersempena dengan pelancaran, pihak Boost menawarkan kredit RM10 untuk pengguna Xpax, yang boleh digunakan untuk tambah-nilai kredit prabayar mereka.

Jadi, sekiranya anda menggunakan talian prabayar Xpax, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam menambah-nilai prabayar – dan pada masa yang sama mendapatkan kredit RM10 yang ditawarkan percuma ini.

Muat-Turun Boost untuk Android






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iD7hVx

3 comments:

  1. oh, boost app baru ke? kawan aku x pakai lagi pun, sesuai bagi prepaid user kan? apa2 telco pun boleh ke?

    ReplyDelete
  2. I rasa apps ni tak selamat sbb masih baru.I takut nanti bank detail i akan dicuri melalui apps ni sbb u perlu guna online transfer utk reload.

    ReplyDelete
  3. dia bukan saja bagi free Rm10 kan, ari tu I cuba apps ni , perasan apps ni boleh bagi hadiah kat orang lain

    ReplyDelete

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.